Selasa, 15 Mac 2016

Nikmat dunia hanya sementara


Assalamualaikum.Hai hai.


hambik kau aku bagi kome terliur


Hidup sangat indah. Indah dengan kuasa dan kehebatan manusia. Kau ada kuasa orang pandang kau. Kau hebat semua orang tabik kat kau.

Kalau kau miskin takde sapa nak dengar apa yang kau kata. Cakaplah macam mana pun, orang lain takkan pandang. Melainkan ada yang menghina dan menghindari kau.Hukhuk T__T


                Hari tu ada seorang pak cik kayuh basikal ke kedai makan.Hari tu dia datang ke kedai makan dan meminta-minta duit dari pengunjung gerai tepi jalan itu. Namun, tak ada sapa yang bagi.Tapi abah ada la hulur seringgit.Katanya bagi sikit je.Apalah seringgit kan.Nak bagi duit tak bawa duit. Masakan tidak, pak cik tu rupa macam orang miskin, macam tak mandi, berbau.Kesian sangat.Tapi semua orang takut nak pandang muka dia.Jadi, dengan hampanya dia balik kembali mengayuh basikal buruknya.


Tapi ada orang kaya yang menyalahgunakan kuasa. ”Kau buat benda tu aku bagi pengeras.Kau tak buat memang haram kau nak dapat sesen pun”. Kohkohkoh.

Biasanya kekuasaan dan kehebatan seseorang tak kekal lama. Hidup kita ibarat roda. Kadang-kadang berada di atas kadang-kadang berada di bawah.


Hari ini aku bahagia sebab aku dapat makan free, kawan belanja.Mak aku puji aku sebab aku dapat nombor 1 dalam periksa.

Hari berikutnya, aku kelaparan.Habis wang saku aku nak bayar untuk pergi rombongan esok.Haih, masa balik sekolah aku jatuh dari basikal.Lupa pulak  nak minta abah semalam.Huhu.


Ingatlah kaya, miskin, hodoh, pandai, bodoh, cantik semua itu Allah yang kurnia kat kita. Kita bila hodoh, kita merintih. Tapi ada je orang kat luar yang tak ada hidung, tak mampu nak melihat,tak mampu nak bertutur. Kita sempurna semuanya, cuma hodoh sikit je dikurniakan hidung yang tak berapa mancung. Itu pun nak berkira dengan Allah.

Yang cantik pula riak tayang gambar sana sini.Kecantikan itu sepatutnya disimpan dan hanya untuk dilihat oleh isteri/suami. Kecantikkan ini hanya di usia muda. Bila dah tua dahi dah berkerut,pipi dah mengelebeh.Hukhukhuk.Jadi, bila muda tak yah tayang gambar sana-sini. Aku tahu kome semua cantik.

Ada je aku sembang dengan seorang kakak ni.Tak tahu pun muka dia macam mana. Tapi, aku tahu dia cantik, sebab itulah dia tak tunjuk muka dia.Kihkihkih.


Allah nak tengok hati kita bukan paras rupa atau harta.


Bila kita ingat tuhan, bertaqwa(takut kepada Allah) insyallah hidup kita akan berjaya. Semua yang kita nak insyallah dimakbulkan.Tapi kena doa banyak-banyak.

Tak berdoa macam mana Allah nak makbulkan.   Kan.kan. Ok Bai.

Assalamualaikum kawan.

Tiada ulasan: