Selasa, 9 Jun 2015

Terasa bosan



Assalamualaikum.

Hasil carian imej untuk bosan

Hari ni Huda nak cakap yang Huda bosan.Bosan sebab tak buat apa-apa.Hanya duduk di rumah tak belajar dan tak kerja.Wajarkah?*soalan apakah itu.

Huda happy dapat duduk rumah.Rasa tenang.Tapi macam ada yang kurang.Tak tahu kenapa.Sampai Huda terasa bosan.Duk buat benda yang sama.Celik buat kerja itu dan ini,pastu tidur tika sampai waktunya.Macam manalah dengan kehidupan suri rumah sepenuh masa.Aku dah boleh agak mesti bosan.Hahaha.Itu pendapat Huda.

Tapi kan,ada lagi ke isteri sepenuh masa?

Semua manusia mahu menghiasi hidupnya dengan keseronokan.Keseronokan dengan keluarga, kawan-kawan,dan insan tersayang.

Tapi bila bosan ada je benda yang boleh kita buat.Kalau bosan dengan menu ayam goreng kita order ayam paprika.Tak gitu?

Tapi rasa bosan memang tak boleh padam walaupun korang rasa tengok tv boleh hilangkan kebosanan.Kalau tengok tv asyik tonton cerita yang sama.Watak yang sama pun ada dalam cerita lain.Apa kelas?

Bila belajar pulak bosan menghadap buku.Asyik buku,buku,buku.*sambil geleng kepala

Tapi bagi ai,buku tu kira ok lagi kalau nak dibandingkan dengan tv.Bila dah tak belajar ni rasa kosong.Rasa dah berkarat otak ni.Nak jawap soalan luar kotak pun payah.Satu benda je yang kita tak akan rasa bosan.
Bila kita ingat Allah.Kita beribadat.Buat amal jariah.

Huda tak islamik tapi masih mendidik diri.Adakah anda sedar,bila anda leka dalam dunia, seronoknya tak lama.Tapi bila kita buat kebaikan,seronoknya berpanjangan.

Sebagai contoh,

Kita dengar lagu korea,drama bersiri korea,yang penting benda yang lagha.Kita rasa seronok jer.Dengar je lagu,seronok kemain tak hingat dunia.Then,bila lama-lama dah tak seronok,rasa serabut aje.Pernah fikir tak?
Tapi,bila kita buat kebaikan macam bersedekah ke baca al-quran ke?Seronoknya berpanjangan. Mula-mula dulu tak best sedekah bazir duit,bila nak ngaji terasa malas.Then,bila dah lama rasa dah terbiasa dah mula seronok dengan ibadah yang kita buat.Cer fikirkan.

Setakat ini sahaja entry kali ini.Andai masih bernyawa,jumpa lagi di lain penulisan.Wassalam.

Seminggu di Tingkatan 6


Assalamualaikum.


Hasil carian imej untuk carry on stpm

Tak sangka masa berlalu meninggalkan aku beribu memori.Terasa macam semalam baru ambil SPM.Tup tup dah masuk sekolah balik.

Pada 25 Mei lepas, Huda masuk sekolah baru.Sekolah lama takde form 6.Dengan azam yang baru, beg sekolah baru dan kasut sarung hitam baru.Yang barulah kiranya.Huda pergi sekolah pakai baju kurung biasa bukan baju sekolah.Baju kurung tak baru,pakai je apa yang ada.Jimat kan?Ambil ekonomi kata ko.

Nama sekolah tu ialah STARS.

Tingkatan 6 di STARS ada 2 kelas,setakat ini k.Huda masuk kelas 6R1.Mula-mula masuk takut, tumpang meja kawan.Esoknya baru tukar tempat duduk, sebab Apah dan rakannya dah ubah kedudukan kerusi dan meja. Thanks Pah!

Hari khamis (28/5/15) semua pelajar 6R1 dan 6R2 ada aktiviti yang dikelolakan oleh pelajar 6Atas. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan.Kumpulan Huda ada 8 orang.Ahlinya terdiri daripada,jeng3 :
Fakree,zam,Khalas,Huda,Aida,Mila,Ain,Alin

Yang sporting gila adalah si Fakree.Sampai joget2 atas pentas.Hahahak.Kalau takde dia, tak famous ler kumpulan Huda.Hahaha.

Yang paling best kitaorang kena denda 2 kali sebab tak dapat hafal nama,tarikh lahir,tampat tinggal dan jawab kuiz.Bila kakak n abang2 upper six kata aktiviti sesi petang pun kena denda.Kitaorang pun mengeluh.

”kena denda lagi” .Pastu Mila cakap macam ni,

“Macam tak biasa pulak kena denda.Menari atas pentas pun kita dah biasa.Apa ar”Sambil angkat tangan ke kiri dan ke kanan.

Actually,Tingkatan 6 ni best apa.Taklah teruk.Okeyh2 jer.Semua kawan-kawan sporting,positive dan gorgeous.

Last but not least,Moga Tingkatan 6 jalan terbaik untuk Huda menuntut ilmu.Yang masuk tingkatan 6 tu jangan malu k.Tanggapan serong kita selama ni hanya nightmare bukan realiti pun. Realiti adalah lebih indah daripada apa yang kita bayangkan.Jangan sedih2 sebab masuk form 6.

Kejayaan anda bukan terhenti setakat ini.Teruskan usaha anda untuk mengejar 4 flat.Insyallah.

P/s : Rindu Huda untuk penulisan seterusnya.

Assalamualaikum