Jumaat, 4 Ogos 2017

Bekerja selepas STPM



Assalamualaikum.. 



Rindu sangat nak update entry. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip lagi. Alkisah selepas habis je kertas sejarah saya ikut Kak Ain kerja di Super Cowboy. Ingat kerjanya susah tapi lepas dah 7 bulan kerja semuanya menarik dan mudah saja. 



 Hasil carian imej untuk super cowboy temerloh 


Sebab kerja di Super Cowboy best :

1. Bos baik giler. Hari-hari ada perhimpunan pagi dengan pengurus. Semua yang pengurus cakap semuannya positif dan betul belaka.

2.  Rehat yang cukup. 2 kali rehat. sekali rehat sejam, oklah kalau nak solat dengan makan. 

3. Barang yang dijual di koboi memang sesuai utk orang berniaga, orang pindah rumah dan orang buka kedai. Samapi ramai customer kata macam-macam benda ada dijual kat sini, cuma kena ada duit je.

4. Kawan-kawan yang mesra dan selalu tegur sapa.


5. Brang yang dijual di koboi murah-murah belaka dan ada juga sesetengah barang yang dijual harga carton. Memang terbaiklah koboi.


6. Masuk bulan ni dah 3 kali bos buat jamuan. kali pertama untuk raikan sempena banjir, jamuan sebelum puasa dan jamuan raya. Jamuannya ringkas je untuk semua perkerja. Tapi sangat memadai.


7. Masa puasa, bos sponsored nasi. Air kena beli sendiri. Tapi aku bersyukur gila dapat bos macam ni. Jenis yang memahami walaupun dia berbangsa cina.


Super Cowboy ada banyak cawangan. Yang paling banyak dekat Pahang. Ada juga dibuka di Melaka dan di Batu Pahat, Johor.


Jomlah kita beramai-ramai ke koboi. Pasaraya yang menawarkan harga terbaik di seluruh Malaysia.. Cewah.

Kat koboi ni ramai artis datang beli barang. Antaranya Sharifah Shahora, PU Faris, dan Nadia Briann. Kelas kau.. kau ingat ini koboi lapuk. Bermacam jenis barang yang kau tak pernah jumpa pun ada jual. Kalau koi nak cerita memamng berjela lah cerita dia.


Dekat Super cowboy kawan-kawan memang baik dan mesra. Kira saya bertuah sebab dapat peluang kerja dekat sini. Dan insyallah kalau takde hal saya berhenti kerja akhir bulan ini. Moga semua dipermudahkan.



Bye semua.  Assalamualaikum

Tiada ulasan: