Rabu, 30 November 2016

Kelebihan Tingkatan 6


Assalamualaikum, hai kawan.


Kelas 6A1



Tingkatan 6 tak asing dalam kehidupan aku. Aku pelajar STPM tahun 2016. Aku tak sangka dapat juga masuk form 6 biarpun lewat beberapa minggu. Aku rasa semua orang tak tahu secara mendalam apa itu form 6. Jadi kali ini aku nak cerita serba sedikit tentang form 6. *Amaran : entry ini panjang gila.


       1. Subjek


Tingkatan 6 ada 3 aliran > Sains, kemanusiaan dan agama


Subjek macam masa SPM. Tapi STPM ambil minimum 4 subjek berbanding SPM yang kena ambil 9 subjek. Semua subjek belajar kena betul-betul, takde soalan yang terus bagi kehendak soalan(kebanyakan). Semuanya ada kata tersirat, macam HOTS.



Kelas 6A2




BM-Belajar tentang Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.



Sem 1-Belajar asal usul Bahasa Melayu dan fonologi/sebutan, keratan rentas lidah, apa itu diftong,vokal rangkap, pasangan minimal dan lain-lain


Sem 2- Tatabahasa.Tatatingkat tatabahasa.Belajar morfem, kata, frasa, klausa, ayat.


Sem 3- Semantik. Best gila belajar BM sem3, tak sesusah sem 2. Sem 3 paling senang sebab belajar santai-santai, belajar  wacana, variasi bahasa, retorik, laras bahasa, semantik dan pragmatik. Benda ni semua ada di sekeliling kita. Panggilan hormat, iklan, bahasa menggiat dan banyak lagi.



PAM-Wajib ambil. Minimum lulus untuk masuk Universiti.


Sem 1- Belajar pasal negara. Kena tahu bidang pentadbiran, perundangan, dan kehakiman negara. Belajar  juga pasal raja dan sebagainya. Kalau kome suka dan sayang Negara + minat = Insyallah sem 1 Pengajian Am boleh dapat A


Sem 2- Belajar buat media. Soalan bagi petikan, dari petikan kena buat graf. Baru aku tahu cara nak buat graf bar, garis, piramid, gabung dan garis komponen. Selalu tengok dalam media : surat khabar, majalah, internet, dan tv  je tapi kali ni kena ambil tahu. Kalau cuai memang susah nak dapat markah. “Asas graf adalah bar”, kata Cikgu Shah.


Sem 3 - Dari jadual kita buat teks. Sem ini kita belajar hubungan antarabangsa. Belajar pasal OIC, PBB, KOMANWEL, MS-GT, ASEAN dan lain-lain.



SEJ- Belajar pasal sejarah yang memang akan membuat semua orang bosan dan mudah tidur.


Sem1- Belajar sejarah dunia. Pasal perang, imprealisme, kapitalisme, NATO, PBB. Sure senang kalau minat+nak masuk u.



Sem2- Belajar tentang sejarah Islam. Orang Islam kena malu kalau pelajar bukan Islam pun boleh dapat A ^^


Sem 3- Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara , belajar sejarah Malaysia lebih kurang macam sejarah tingkatan 5, sejarah asia tenggara hanya belajar sejarah Vietnam, Myanmar, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. Senang sangat, ingat senang semua kerja mudah.


Masa sukan form 6. Kitaorang 6 Rendah masa ni.


EKO- Gila seronok. Ekonomi takleh dipisahkan dengan duit. Hee


Sem 1-Mikroekonomi. Permintaan dan penawaran, kira-kira, lukis graf pasaran persaingan sempurna, pasaran persaingan monopoli, pasaran bermonopoli dsb. Kira best sem 1 sebab aku rasa senang. Mungkin sebab aku ambil Ekonomi Asas lebih kurang sama dengan form 4.



Sem 2- Makroekonomi. Pasal pendapatan Negara KDNK, KNK, KNB dsb. Belajar graf : kaedah AE-AS/Y , J-W, AD-AS, Md-Ms. Belajar gak tentang bank. Teori kecairan Keynes : urusniaga, awasan dan spekulasi, teori Fisher.



Sem 3- Ekonomi Malaysia. Belajar balik bab Inflasi, Kemelesetan ekonomi, alat dasar kewangan, perdagangan antarabangsa, kadar pertukaran asing, Perusahaan kecil dan sederhana, bank islam dan banyak lagi. Sem 3 mudah sebab formula tak banyak, Cuma kena rajin hafal.


2. Kerja kursus


Senang, kena kuat, rancang sebelum buat untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sir kata KK kami macam thesis dekat universiti, cuma di form 6 buat yang simple. Tapi dekat u buat lebih detail. Nak masuk u pun senang sebab dah ada basic nak buat thesis.


PAM- SEM 2
SEJ-SEM 2
BM-SEM 2&3
EKO-SEM 3



Banyak jugak pengalaman boleh dapat bila jadi pengkaji, orang yang buat kajian. Seronok mengkaji, dapat tenangkan fikiran walaupun aku kena korbankan duit, masa, tenaga, dakwat printer dan bateri netbook. Untuk kerja kursus sem 2 aku ada buat entry. KLIK SINI


Teknik menjawab Pengajian Am

3. Kos sara hidup


Pergi sekolah sendiri, mak ayah bagi duit belanja sama seperti di aliran arus perdana. Tak yah duduk rumah sewa. Boleh tengok tv selalu :p masa cuti je, masa sekolah pulun belajar. Simpan duit sikit untuk buat kerja kursus. Baucer buku RM250 budak form 6 dapat ikut rezeki. Pelajar form 6 yang isi borang biasiswa layak dapat biasiswa ikut kelayakan. Duit biasiswa banyak gak. Aku tak kira berapa. Dalam surat biasiwa tulis RM70/Satu sem, tapi aku keluarkan duit biasiswa banyak gak. Boleh beli buku, bayar duit MUET, bayar ulangan : Kalau nak, baik belajar betul2, dapat simpan duit. Banyak benda lain boleh beli -__- Sem 1 dengan sem 2 je boleh ulang. Satu subjek RM50. Tak kira GST. Tambah GST jadi RM51.06. Kau ghase…




Biasiswa ni kalau nak dapat cikgu kata ikut keputusan SPM, bilangan adik beradik dan pendapatn keluarga. Purata budak yang dapat biasiwa dapat 4A ke atas masa SPM. Yang nak masuk form 6 tu, kira form 6 ni bantu golongan yang tak mampu hantar anak ke diploma, matrik. Sebelum masuk form 6, SPM dapatkan gred yang bagus dan niat belajar kerana Allah bukan niat nak dapat biasiswa ye. Hihi. Oh ya, form 6 kena bayar : yuran, duit majalah sekolah, duit kelas, duit baju Persatuan Pelajar Tingkatan Enam, duit baju sukan dan duit yang nak pakai untuk persaraan guru, beli buku dan duit kelas. Sekolah aku ada gak buat kutipan derma untuk surau dan murid yang kematian keluarga/murid yang meninggal dunia.





 
Raya 2015

4. MUET


Muet macam bahasa inggeris. Teacher kata macam BI masa PT3. Senang kalau kau minat English. Muet ada 4 task : Reading, listening, writing and speaking. Semoga senang, insyaallah dipermudahkan. Band 6 adalah band yang paling baik. Nak belajar ke luar negara pun boleh janji dapat 4 flat + muet band 4 ke atas (BI masa SPM pun diambil kira) dan lulus periksa sebelum ke oversea dan dapat tajaan.


Raya 2016

5.   Ibadah


Masa form 6 la kena tambah ibadah. Nama je orang Islam mesti buat ibadah ye dak  Buat solat malam, solat dhuha. Masa bulan puasa ada tadarus al-Quran tapi diwajibkan untuk budak KAA. Yang bukan KAA pun boleh turut serta (dekat sekolah aku). Dan ada juga majis khatam al-quran. Berbuka&bersahur bersama. Sebelum sahur solat sunat sama-sama.


 Bukan itu sahaja, kita juga boleh baca Al-mathurat. Baca masa pagi, petang baca kat rumah. Baca je kat perhimpunan sebab ada gak budak KAA baca Mathurat. Masa rehat boleh lah buat solat dhuha. 

Apa itu mathurat? KLIK SINI


Hari anugerah Kecemerlangan 2016



6. Pakaian


Tingkatan enam sekarang ni dah boleh pakai baju kurung(perempuan) dan baju kemeja(lelaki). Sekolah aku pengetuanya suruh kami pakai baju 3  kaler je, maksimum. Tudung pula tak payah nak digayakan. Pakai macam tudung sekolah, cuma di pin di bahagian dalam. Yang paling penting baju dan tudung warnanya tak menyerlah. Nanti lebih cantik/kacak dari cikgu. Hehe. Peraturan berpakaian ikut sekolah.








Tuntasnya form 6 sangat menarik, seronok, dan beri pengalaman baharu. Orang yang mengata form 6 kita takyah dengar. Fikir senang semua jadi senang, berdoa. Jangan mudah percaya dengan kata-kata orang. Masa duduk form 6 la kami jadi kuat. Kuat sebab tindakan orang sekeliling yang menyisihkan pelajar form 6. Sedih dunia je, akhirat mesti bahagia. 



Akhir sekali semoga berjaya kepada semua pelajar form 6 untuk peperiksaan setiap penggal. Buat sehabis baik untuk dapatkan 4 rata. Orang tak tahu apa itu form 6 melainkan mereka jadi budak form 6.



Dah graduated :) KLIK SINI



Form6 adalah lorong terakhir anda kerana tidak dapat panggilan UPU?



Tidak benar. Kawan aku ada dapat UPU dan matrik tapi tak pergi. Mereka lebih suka belajar di form 6 dengan senang hati, sama juga dengan aku. Heee.




Bye sekolah! Nanti rajin aku jenguk kau...Hehe




Yang nak masuk form 6 atau yang masih di form 6, aku doakan kome buat yang terbaik. Itu jalan hidup yang kau pilih, kau mesti teruskan dengan cemerlang. Semuanya boleh! 



\

4 ulasan:

Unni anje berkata...

bestkn tgkt 6, tapi takut x mmpu nk fukus subjek..hihihi

Unknown berkata...

kalau subjek stpm kan maksimum 5 subjek.memang kena ambil 5 subjek ke? minimum berapa subjek?

Rahsia Hati Huda berkata...

@unni anje : Haah best. Jika kita berusaha, kita kita akan berjaya. Fighting !

@unknown : Maksimum 5 subjek. Tapi kebiasaanya org ambil 4 subjek je. Memang ada kelebihan lah org yg ambil 5 subjek ni. Tapi bagi saya 4 subjek pun dah susah :)

Tanpa Nama berkata...

Minimum 4