Isnin, 4 Julai 2016

Peminat novel


Assalamualaikum 



Kembali lagi kita menulis entry.


Aku ada banyak hobi antaranya memasak, melukis, main Sudoku, menonton drama kesukaan dan membaca.


Aku masa lepas habis SPM, aku baca dalam 20 buah novel. Kiranya agak panjang tempoh masa aku kerja sambilan haritu sambil menghabiskan masa dengan membaca novel. Peminat novel, biasalah.


Aku dari darjah 6 baca novel. Dan selepas berpuluh buah novel yang aku baca, aku dah boleh jangka pengakhiran cerita. Macam biasa, happy ending forever.


Tapi kan ada juga cerita yang tak happy ending macam novel karya bambikai. Juga digelar Rusydee Artz, Muhammad Rusydi dan Encik Sederhana. Yang aku suka, cerpen cinta bukan milik kita dll.




Hasil carian imej untuk tunangku tidak tampan

gambar dari google. Cerita ini kisah Zam, seorang pelajar Tingkatan 6. Cerita yang sungguh sedih. Aku baca sikit je dekat internet.






Hasil carian imej untuk tunangku tidak tampan
Rusydee ni pandai melukis.




Ada juga novel yang isinya biasa-biasa tetapi meninggalkan kesan kepada pembaca, misalnya novel karangan Hlovate. Cerita dia menarik, pandai dia olah cerita. Dalam salah sebuah novel dia aku perasan dia tulis pasal al-mathurat.


Aku masih ingat sewaktu kelas Cikgu Syah. Mulanya dia cerita pasal perempuan, isterinya yang lambat memilih baju raya dan menyuruhnya memakai baju raya yang sedondon. Katanya, orang perempuan memang macam ni ya?


“Bukan semua cikgu”,
“Haah bukan semua, tapi kebanyakan”,
“Orang perempuan memang suka berigiminasi”
“Kenapa cikgu”
“Saya pun pelik orang perempuan, isteri saya…baca novel pun menangis. Kan…”,
“Cuba cikgu baca sehelai, mesti menangis”,
“Saya baca satu muka surat dah tidur”,
“Fakhri kau baca novel?”
“Tak cikgu. Baik tidur”, suara direndahkan sambil ketawa kecil.


Konklusinya, aku rasa sudah cukup untuk aku menghabiskan ruang kehidupan dengan membaca novel. Dah banyak novel yang ditelaah. Sewajarnya aku menelaah buku pelajaran, buku motivasi, tafsir al-quran dan menelaah setiap dosa yang aku buat setiap hari agar aku sentiasa berubah.



Pelik sungguh dengan manusia yang sanggup bersenggkang mata demi membaca sebuah novel tebal (aku la masa dulu2) sedangkan kita sewajarnya menghabiskan masa untuk bersedia menambah bekalan yang belum cukup. Ingatan untuk diri aku khususnya. Al-quran adalah novel yang terbaik. Ada masalah baca al-quran masalah akan mudah diselesaikan. Al-quran akan tenangkan hati kita. Aku sarankan kome sediakan botol berisi air semasa baca al-quran. Nanti buka penutup botol sebelum membaca al-quran. Nanti air akan lebih sedap sebab molekul air jadi bercahaya.



“Yang itu memang jenuh habiskannya”, kak each seraya tunjuk mashaf al-quran.

Semoga kita jadikan al-quran sebagai novel yang terbaik seumur hidup kita.





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sangat betul pasal Al-Quran tu

salam ramadan terakhir :)

Rasya | nurulrasya.com berkata...

Al-Quran kalau baca terjemahan saje mmg susah nak faham. Kena top-up ngan tafsir or buku2 lain mcm raheeq maktum