Sabtu, 9 April 2016

Kerja kursus in progress


Assalamualaikum. Hai kawan.


Sejak mula sekolah tahun ni, aku memang rajin buat kerja kursus. Senior kata kerja kursus senang nak dapat markah. Tapi memang tak senanglah membuatnya. Masakan tidak aku kena korbankan tidur di waktu petang.  Semata-mata nak jadi jurugambar dan wartawan terkemuka. Kehkehkeh <cara gelak Fikri yang suaranya boleh tahan macam suneo dalam doremon.Kah kah kah. *maaf ye Fikri.


Jadi aku dengan muka tak tahu malu menerejah rumah orang. Maaf ye, den bagi salam dulu baru terjah.
Semua rumah kalo boleh aku nak terjah. Tapi takpe ah, dah banyak sangat aku berkeliaran cari orang. Sampaikan ada mak cik yang bengang dengan aku sebab datang banyak kali. Aku okey je. Mak cik don’t worry siap kerja kursus saya tak datang dah. Sebenarnya, mak cik tu cikgu sekolah rendah aku. Malu aku masa kali kedua datang rumah dia. Kali pertama tok sidang je ada, suami cikgu. Tapi aku buat pandai je. Berhemah la oii. Dah tingkatan 6 ^^


Realitinya aku pergi 2 buah rumah je. Dan aku pergi 3@4 kali juga ke dewan. Rumah tu aku pergi dekat 5 kali. Banyak kan? >__<


Hari 1- Apa ya aku nak tanya? tanya je la apa-apa.
Hari 2- Hari ni kena jumpa dia, ada benda aku lupa tanya.
Hari 3- Aku lupa pulak minta carta organisasi kampung.
Hari 4- Gambar aku tak minta aritu. Macam mana ni?
Hari 5- Alah, lupa pulak tangkap gambar temubual.


Jadi aku kenalah berkunjung ke rumah sampel aku berkali-kali.

Macam-macam dah aku rasa. Haritu datang rumah tok syiidang dia tidur. Apa la aku ganggu orang nihh.


Hari tu aku jumpa mak cik dah 2 kali sebab pak cik yang aku temubual tu keluar ada hal.


Kes yang paling tak boleh lupa bila aku ditemubual. Sepatutnya aku yang menemubual, tapi sekarang ni aku yang ditemubual. Berpeluh gak dahi menjawabnya. Sabar je la. =..=


Soalan yang pak cik/mak cik tanya aku :

Kakak kamu yang sulung tu dah berapa orang anaknya?
Kakak kamu yang kahwin tu duduk mana? Kerja apa?
Kamu ada berapa orang adik beradik?


Yang tak boleh blah,


“Pak cik pura-pura tanya kat saya soalan, nak tangkap gambar nih”
“Bila kamu nak kahwin”, loyar buruk pulak pak cik nih.
“Lambat lagi :p”
“Kamu ambil subjek apa kat tingkatan enam”
“Bahasa Melayu, Ekonomi, Sejarah……erm ha Pengajian Am”
“Apa maksud permintaan”,
“aaaarr…oh Keinginan,kesanggupan dan kemampuan individu untuk memperoleh barang dan perkhidmatan pada tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu”,pak cik sekadar mengangguk.
“Bila harga barang naik apa jadi?”
“Lebihan penawaran”,
“Apa akan berlaku?”
“kemelesetan ekonomi”,
“eh, inflasi. Apa kamu ni. Soalan ini pun tak tahu. Macam mana nih”,ambik kau sebijik.
“Dah tangkap”,
“Mari tengok gambarnya”,
“Boleh le tu”,sambil melihat gambar di screen telefon.


Dalam banyak-banyak orang yang aku temubual. Pak cik ni sorang je yang jawab menepati kriteria aku. Mungkin sebab dia seorang ustaz. Dia umur dah 70 tahun lebih. Gaya cakap pun macam orang dulu-dulu. Tapi dia memang terbaik. Bila aku tanya dia jawab dengan jelas. Bila aku taip apa yang dia cerita pastu tunjuk kat cikgu, cikgu kata BAGUS. Biasanya cikgu tak suka kami guna ayat laras BM. Dengan adanya pak cik yang pernah ajar pengetua sekolah aku, maka cerita tentang surau, sekolah rendah agama dan masjid menjadi lengkap. Aku hanya taip je dan dia bagi gambar. Baikkan dia. Aku doakan dia dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.



Assalamualaikum. 

2 ulasan:

Manusia berkata...

Kerja kursus untuk subjek apa ni?

Rahsia Hati Huda berkata...

@Manusia : manusia, ni kerja kursus sejarah dan pengajian am :)