Sabtu, 2 April 2016

Cikgu kesayangan #1-Part ii


                Assalamualaikum.Hai.



Aku sangat rindu zaman belajar.Sampai sekarang aku rindu dengan sekolah.Semuanya. Baju , kasut,kawan dan cikgu sekolah.Yang paling aku ingat ialah cikgu.Aku tak nak padam memori aku. Aku nak ingat semuanya.
Ingat tak hari tu aku ada post entri part i. Boleh la baca :p


Ini kisah kedua. Dari cikgu yang sama. Aku ingat dia sebab dia ni lain. Lain daripada cikgu-cikgu yang pernah ajar aku.


Kisahnya :


Cikgu susah nak senyum. Kalau mood dia baik, alhamdulillah. Kalau tak memang naya la jawabnya.


Aku paling ingat sebelum dia kelas, aku rasa seronok sebab kawan-kawan sekelas aku semuanya duduk tempat masing-masing,takde bersembang, dan yang paling best mereka bukak buku teks.


Bila dia bagi nasihat,apa yang dia cakap semuanya betul.


“Kalau dengan cikgu pun kurang ajar, kalau dengan mak ayah apatah lagi”
“Tak datang sekolah. Nak jadi apa.Nanti dah kerja kamu cuti selalu memang kena marah dengan bos”
“Saya suruh masuk chess tak nak. Bila dah habis pertandingan, baru kamu cakap kenapa tak bagitahu.Kalau bagi tahu awal-awal pun bukannya masuk”
“Kalau pergi lawatan, baiknya dapat pengalaman. Buruknya habis duit.Semua benda dalam hidup ni ada baik, ada buruknya”



                Kalau dalam kelas dia garang, kalau jumpa dalam bilik guru dia jadi biasa.^^ Bukan dengan semua orang dia baik. Dengan orang tertentu je. 


Kalau kome nak tahu semua orang takut dekat dia.Sampaikan ada yang benci dia,gumpat dia.Sedih aku bila cikgu-cikgu aku diumpat.Hukhuk 


Hari tu kan,masa hari guru kakak aku ada bagi kad dekat dia. Aku dengan kakak aku datang sekolah je terus letak kad dekat bawah pintu bilik dia .Ala-ala bagi surat cinta. <3 Yang paling mengejutkan, aku nampak banyak kad dekat bawah pintu bilik dia. Mungkin untuk dia dan cikgu sorang lagi yang memang duduk dalam bilik tu.



Bukan itu je. Sebelum aku nak blah dari situ baru aku perasan ada beberapa keping kad yang cikgu soletep dekat pintu bilik dia. Yang paling aku ingat,


“Cikgu terima kasih kerana ajar saya. Kalau cikgu tak ajar saya,saya rasa saya tak jadi manusia sekarang ini”


Aku kenal penulis kad ini. Budak india yang namanya cina. Dia budak kelas hujung.



Beberapa hari kemudian aku nampak kad kakak aku. Dia tampal dekat dinding belakang meja dia.Huhu. Terharu aku.


 Dalam berpuluh keping kad yang dia ada la ¾ kad yang dia tampal dekat dinding. Dia rajin gak tampal kad hari guru yang dia terima dekat pintu bilik dia. Tapi tak kekal lama.


Hari tu,masa form 5 takdak cikgu sivik,pastu datang la seorang cikgu ganti. Dia masuk form 6 dekat STARS Ipoh. Lepas keluar result penuh STPM dia cerita dekat kitaorang yang cikgu tu jumpa dia. Dia kata :


“Saya ingat dia sombong,rupanya dia seorang yang professional.Best la dia”

Nampak.Best tak cikgu kesayangan aku?

p/s : cikgu ni pernah ajar maksu dan 2 orang cikgu aku

Aku rasa itu je aku nak tulis.


Bai.Assalamualaikum 

2 ulasan:

zaitie hasnan berkata...

semua orang kalau boleh mesti nak kembali ke zaman sekolah kan..

selalunya cikgu yang garang, jarang senyum n suka bagi nasihat lah yg kita akan igt bila dah habis sekolah..heheh

Kei Konves berkata...

wah... bertuah dapat cikgu macam tu :)