Jumaat, 4 Mac 2016

Nikmat dan ujian


Assalamualaikum


Semua orang ada nikmat. Nikmat hidup, kesihatan, bernafas, makan, merdeka dan sewaktu dengannya. Tapi tak semua orang hargai nikmat yang memang Allah free bagi kat kita. Orang lain yang tak cukup nikmat pula menghargai apa yang mereka ada.


Kita ada nikmat berkata-kata, tapi kita guna nikmat itu untuk membuang pahala. Misalnya, mengata, mengeji dan memfitnah. Kalau kita tak suka sangat seseorang pun jangan cerita keburukan dia dekat orang lain. Besar dosanya. Habis je pahala yang kau kumpul ,free-free je sedekah dekat dia.


Kita tak ada nikmat kesihatan. Kita cacat anggota , buta. Tapi kita usaha belajar sungguh-sungguh sampai berjaya dapatkan 10A+.


Ujian memang tak asing dari kehidupan kita. Semua orang ada ujian. Ujian adalah tanda sayang Allah kepada kita. Jangan sesekali mengeluh. Ucaplah

“Allhamdulillah Allah bagi aku ujian”


Allah takkan beri ujian kalau kita tak mampu hadapinya.

Ada orang ujian dia miskin. Takut tak cukup makan pakai. Tak cukup wang untuk membiayai bil/yuran anak-anak.


Ada orang ujiannya banyak harta. Tak tahu nak sorok mana. Takut kena rompak,ragut dsb.


Ada orang yang hidup dia sederhana tapi serba tak kena. Kurang kasih sayang. Mak ayah pilih kasih.


Ada orang yang cukup segalanya tapi diberi ujian anak yang cacat.


Dan macam-macam lagi ujian yang tak terhitung banyaknya.


Bila kita ditimpa musibah kita sepatutnya bersyukur. Bila Allah bagi ujian, Allah nak ampunkan dosa kecil yang pernah kita buat. 

Mungkin kita rasa mengalah dan mengeluh tapi ingatlah ujian yang Allah bagi adalah kifarah yang kita perolehi atas apa yang pernah kita buat. 

Allah takkan melakukan sesuatu dengan sia-sia.


Bila kita diberi ujian baru kita sedar langit Allah itu tinggi. Ada orang kata kalau kita pandang langit masa sedih, kesedihan itu serba sedikit akan hilang. Hati akan rasa tenang. Dan ucaplah subhanallah melihat langit Allah.


Janganlah menangis sebab mengeluh dengan ujian yang kita terima. Menangislah di hadapan Allah kerana bersyukur masih diberi peluang untuk merasai ujian.


“Kau tak rasa boleh la kau cakap macam tu”


Saya pun pernah diberi ujian. Redha je lah.Hukhukhuk T^T


Ada masa kita jumpa lagi di lain teks.Assalamualaikum <3

Tiada ulasan: