Sabtu, 27 Februari 2016

Cikgu kesayangan #1



Hai kawan-kawan.

Aku nak cakap yang aku ada seorang cikgu yang gila best.Apa yang bestnya?

Dia baik,rajin,over dan cantik.



Baik macam mana?

Sentiasa bagi nasihat walaupun orang benci bila dia bercakap.Orang benci sebab dia cakap benda betul dan orang tak sukakan kebenaran.Dia akan bagi nasihat masa ramai kawan kelas aku tak datang.Habis masa dia bagi nasihat.Dia bukan nasihat kosongNasihat dia menusuk ke hati.Kadang-kadang bila dia bagi nasihat baru aku sedar langit Allah itu tinggi.Aku sedar siapa aku.Dia nasihat tu memang kena dengan situasi aku.Termasuk kawan sekelasku.

Bila dia cakap semua orang tak berani nak buat benda lain . Statik je.Walaupun ada budak kelas aku rajin berbeno menekan pen banyak kali, cikgu suruh dia berhenti.Ada jugak kawan aku yang pegang-pegang lapik meja.Juga ditegur.Huhu.Suruh dia focus.Bila dia bercakap mesti orang kena pandang muka dia.  Wajib tak terkecuali. Tapi aku rajin je tulis benda yang dia cakap.Kalau aku tak tulis nanti aku lupa.Pastu dia tegur aku depan kelas.Aku buat pandai je.Lantaklah situ Cikgu cakap benda penting, aku tulis arr. Pastu bila aku selalu catat dia tak putus asa tegur aku sampailah aku tak boleh ditegur lagi .=_=

Rajin kebenda?

Dia rajin.Kau tak tahu.Kau masuk kelas ni kau rasa macam tak senang duduk.Takdenya orang curi-curi buat kerja lain.Sebab dia bagi banyak kerja.Dia nak kami cemerlang.Dia suruh buat nota.Siap dia printkan lagi cover nota.Apa dia tulis kat nota tu? “Bukuku Sayang” .Aku terkesima sekejap bila dapat cover tu. Serius aku suka gila-gila.Hari tu cover aku hilang sebab tercabut , mungkin gam tak kuat.Pastu aku bagi tahu cikgu.Cikgu suruh aku cari jalan untuk selesaikan sendiri.Aku marah pastu aku blah macam tu je. Minta pun kedekut.Pastu dia cakap “takpe aku ada”.Aku pun redha.Aku tahu cikgu suruh aku berdikari. Aku sedar.Aku tak patut marah.Nafsu.

Pastu macam biasa kami kena buat kerja sekolah dalam buku latihan.Dia mesti akan bagi kertas dan tampal kat dalam buku.Cara nak gam pun dia ajar..Tenkiu cikgu.Bukan nya cara biasa gam.Cara dia aku panggil cara kedekut.Nak gam pun jimat.Baik takyah guna gam.Dia ajar letak kat penjuru kertas. Letak gam dalam kadar yang sangat sedikit setitik mungkin.Kalau ikut cari dia belum tentu setahun gam kau akan habis.Latihan aku tebal ar macam kawan lain sebab banyak tampal-menampal.Selagi ada ruang selagi itulah aku menampal.Tepek habis semua latihan yang cikgu bagi dalam buku.


Bila latihan, ada dia suruh buat kat rumah dan on the spot.Kalau buat kat rumah esok dia masuk kelas ofcourse dia akan suruh letak atas meja cikgu.Masa ni aku paling ingat Lim.Dia angkat buku lain pastu dia letak buku dia bawah buku-buku tadi. Cikgu aku cakap.”Baik letak bawah meja,biar cikgu tak nampak”.Masa ni aku dah nak gelak kuat.Tapi bila tengok muka cikgu , seram aku.Aku senyum jela.Bila tak bawa buku latihan cikgu akan cakap “ouh nak suruh mak kamu semak ye”.Kelakar.Kerja aku nak gelak je masa kelas dia.Itu buku latihan ,kalau buku teks dia cakap “ nak suruh mak kamu baca ye, rumah kamu baca, nenek kamu baca???”.


Bila  buat on the spot.Dia akan suruh duduk sorang-sorang.Kau duduk sana,kau duduk situ.Dah macam pengarah pulak aku rasa.Latihan pulak gila susah.Buat latihan pun sekejap je.8 soalan esei buat dalam 30 minit.Lepas tu dia suruh hantar atas meja.Takde yang lambat hantar.”Cepat-cepat”,Semua orang berlari-lari hantar jawapan.Tak bazir masa aku suka.Takde kau tengok orang lengang kankung berjalan masa cikgu ni.Bila jawapan salah dia bincang terus dalam kelas.Dia akan bagitahu sapa yang salah.Dia boleh pulak geleng kepala.Imbangan dagangan diorang tulis imbangan duga.Aku sengih aje.Pastu dia suruh buat macam ni - macam ni.Dia cakap je biasanya.Kalau kena lukis baru dia tulis dekat papan putih. Pandai-pandai lah nak buat pembetulan.Takde dah orang nak ajar sebijik-bijik.


Lagi satu dia memang rajin bila dia dah rancang nak buat apa sebelum ajar. Dia pun suruh kita plan apa kita nak buat, kita nak jadi apa.Dia dah siapkan soalan. Dah siap fikir suruh buat latihan,nota,peta i-think, baca sebelum cikgu masuk ,dan ulangkaji habisan.Kenapa aku cakap habisan?
Sebab dia akan guna masa yang ada sebaiknya.Takde buang masa langsung.Serius.Dalam kelas dia suruh buat latihan,terangkan jawapan,baca buku sama-sama dan ajar pelajar sampai betul-betul faham.Bila dia tanya faham tak?Semua berlakon kata faham.Cikgu cakap “takyah tipu,saya tahu kamu tak faham”. Dia buat macam-macam cara nak bagi kami faham.Selama aku jadi murid, aku tak pernah jumpa cikgu macam ni.Tak pernah.

Dia selalu sebut semua nama kawan sekelas aku.Zura ,Huda,Fairuza,Ziana, Lim,Chin Hook,Fara Liza,Lily,Khalas,Khairi,Amyra,Nadirah….Takde sorang pun dia tak sebut.Aku gila terharu.Tapi bila sehari dia tak sebut nama aku,aku sedih sangat.*Sanggup dia lupa aku hari ni. T-T

Dia akan tanya soalan.Bila nama kena sebut,macam nak nazak aje.Terkejut ya amat.Tak sangka orang lain yang  dipandang ,orang lain yang ditanya.Kalau ada soalan yang susah semua orang berdiri sebab tak tau jawab.Biasanya dia akan tanya murid yang pandai last sekali.Sebab apa?Bila jawapan betul semua orang boleh duduk tapi ada syarat.Bukan senang-senang nak terlepas.Dia suruh orang yang tak reti jawab ulang balik jawapan yang betul. Pastu dia akan kata , “ingat ye makcik2,pakcik2.Bila orang ajar tu dengar,fahamkan jangan berangan”.


Bila kat perhimpunan aku selalu tengok dia.Dia memang rajin .Sebab apa?Dia tanda buku latihan dekat situ.Adalah dia bawa ¾ buku latihan.Dengan pen merah dia tanda buku-buku itu.Dah lah tulisan dia macam doctor.Tak faham aku.Aku boleh tanya dia aku dia tulis kat buku latihan aku.Nampak benar aku aku nak perli dia.Aku selamba je.

Dia cantik dan dia banyak pengalaman.Maksudnya? Dia dah berusia *_*Hari tu anak dia ada datang sekolah.Ikut dia pergi sekolah lah.Paling aku ingat , masa BI masa tu aku form 3.Dia boleh paksa anak dia yang besar panjang untuk masuk kelas aku.Masa tu kelas bahasa inggeris.Teacher seow biasa je.Tak kisah.


Lupa pulak.Dia ada reka akronim untuk subjek yang dia ajar.Jadi kalau ingat akronim yang dia bagi, memang senang lah nak jawab periksa.


Aku tak pernah jumpa cikgu macam ni.Setiap kata penuh makna.Setiap perbuatan dia buat sungguh-sungguh.Setiap apa yang dia nasihat menusuk jiwa.Dia bagi aku sedar yang hidup ini tak seindah mana. Dalam kelas kami tak berani bersuara sebab dia garang tapi hati dia baik.Elok je aku keluar masuk bilik dia tanya bermacam soalan.Dia senyum je.Tapi, dalam kelas aura dia berapi-api.Takde yang berani kutuk dia dalam kelas.Walaupun dia sendiri yang cakap “Cikgu ni membebel je.Saya tahu la”.Semua tersentak. Yang paling best dia boleh baca fikiran kita walaupun dia tak pandang muka kita.

Dia jenis yang jual mahal.
Tak mudah nak bergurau dengan dia.Nak bergurau pun bertempat.Jangankan kami , cikgu BM aku yang pernah jadi anak murid dia pun masih seram dengan cikgu tu.Cikgu BM aku kata, “Hawa dingin. Shuss,nanti dia dengar”,seronok je kami mengata dia.Tapi cikgu tu suruh kitaorang bagitau cikgu kesayangan aku yang dia ucapkan selamat hari guru.Dia pun takut nak ucap sendiri.Bila kami bagitau, cikgu diam je.Dia buat derk.Jual mahal,dalam hati sapa tahu.

Aku tulis entry ni sebab aku nak ingat dekat dia.Mungkin satu hari nanti aku lupa apa yang dia buat untuk kelas aku.Boleh aku baca entry ni bila aku teringat kat dia.

Nak jadi cikgu cemerlang ? Jadi lah macam dia.


Bye.Assalamualaikum.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

Tiada ulasan: