Jumaat, 26 Februari 2016

Al-mathurat



Assalamualaikum semua.     Hai dah lama tak tulis entry.

Hari ni macam biasa saya nak tulis pasal keagamaan.Berkaitan dengan al-Mathurat.

Pada mulanya memang saya tak tahu langsung apa itu al-Mathurat.Kenal pun tak,kalau pernah nampak tu mesti tak kenal sebab saya tak tahu al-Mathurat tu apa sebenarnya.

Saya baru kenal mathurat tahun lepas*gaya macam kenal kawan je. Saya disarankan oleh sang penghati mulia untuk membaca mathurat. Pertama kali baca,

“Panjangnya.Takleh panjang lagi ke?” =_=
Baca pun aci redah je waktu dia.Haih…

Nak tahu al-Mathurat tu apa?

“…doa itu wireless.”Ustaz Khairun meneruskan ceramahnya.”Anytime,anywhere.Dan coverage dia luas.Di mana-mana saja signal bar dia penuh lima.Oleh itu… kita ambil full advantage… Al-mathurat tu contohnya. Tau al Mathurat tu apa?”

                Mana-mana yang masih belum terlentuk tersungkur syahid dalam lena tu menggeleng kepala.

“Al-mathurat tu adalah himpunan doa-doa yang selalu dibaca oleh Rasulullah SAW yang dihimpunkan melalui riwayat-riwayat dalam hadis.Dikumpulkan oleh seorang tokoh Mesir.Nama dia As-Syahid Imam Hassan al-Banna.Kalau nak cari al-Mathurat ni ,boleh jumpa di mana-mana kedai buku agama.Buku dia kecik aje.Cakap je nak al-Mathurat.Pak cik kedai tu insyallah tau.Ustaz Khairun mengangguk.

“Dalam himpunan doa tu, merangkumi segala askpek.Bagus untuk meminta kebaikan dalam hidup dunia dan akhirat,untuk mengelakkan niat jahat jin dan manusia, dan juga untuk mengelakkan syirik.”

(dipetik daripada novel [tunas]-Hovate hlm.139 dan 140)

Al-mathurat ni kena baca pagi petang.Pagi baca lepas subuh.Petang baca lepas asar.Kalau boleh lepas zikir,mengaji,doa terus je baca mathurat lepas solat subuh dan asar.Kalau boleh.Kalau tak sempat,baca kat mana-mana pun takper.

Saya baru tahu yang mathurat ni jaga kita.Bila nak buat sesuatu ,rasa mudah je.Rasa tenang.Rasa apa yang kita nak tu macam datang depan mata.Takde la kalau kome nak kek tak ada usaha nak beli,takde usaha nak buat.Mana dapat keknya.Haha.



Ada  cerita dalam telegram, channel kak Zahira.

Ada pelajar U,dia pagi tu baca mathurat sebelum ni tak baca pun sebab memang tak sempat.Kemudian dia pergi kelas tapi dia terlupa pakai kad pelajar.Pastu ada pengawal ke apatah check pelajar yang tak pakai kad.Orang tu tanya la course apa pastu dia jawab macam biasa dan dia tak kena denda apa-apa. Bila dia balik bilik, kawan dia pun ada juga kena tahan dan tak pakai kad.Kawan dia kena denda RM50 . Tapi dia tak kena denda pun.              Kuasa Allah kan.Amalkan al-Mathurat ya!

Hari tu masa di sekolah saya pergi surau dan saya dengar ustaz bersama pelajar KAA membaca Al-mathurat bersama-sama.Bila pelajar perempuan masuk ruangan perempuan baru tahu mereka murid tingkatan satu*13 tahun pun dah tahu mathurat tu apa. T-T

 Itu je yang saya nak kongsikan.Bye!

P/s : Terima kasih sebab baca.


Tiada ulasan: