Sabtu, 27 Februari 2016

Cikgu kesayangan #1



Hai kawan-kawan.

Aku nak cakap yang aku ada seorang cikgu yang gila best.Apa yang bestnya?

Dia baik,rajin,over dan cantik.



Baik macam mana?

Sentiasa bagi nasihat walaupun orang benci bila dia bercakap.Orang benci sebab dia cakap benda betul dan orang tak sukakan kebenaran.Dia akan bagi nasihat masa ramai kawan kelas aku tak datang.Habis masa dia bagi nasihat.Dia bukan nasihat kosongNasihat dia menusuk ke hati.Kadang-kadang bila dia bagi nasihat baru aku sedar langit Allah itu tinggi.Aku sedar siapa aku.Dia nasihat tu memang kena dengan situasi aku.Termasuk kawan sekelasku.

Bila dia cakap semua orang tak berani nak buat benda lain . Statik je.Walaupun ada budak kelas aku rajin berbeno menekan pen banyak kali, cikgu suruh dia berhenti.Ada jugak kawan aku yang pegang-pegang lapik meja.Juga ditegur.Huhu.Suruh dia focus.Bila dia bercakap mesti orang kena pandang muka dia.  Wajib tak terkecuali. Tapi aku rajin je tulis benda yang dia cakap.Kalau aku tak tulis nanti aku lupa.Pastu dia tegur aku depan kelas.Aku buat pandai je.Lantaklah situ Cikgu cakap benda penting, aku tulis arr. Pastu bila aku selalu catat dia tak putus asa tegur aku sampailah aku tak boleh ditegur lagi .=_=

Rajin kebenda?

Dia rajin.Kau tak tahu.Kau masuk kelas ni kau rasa macam tak senang duduk.Takdenya orang curi-curi buat kerja lain.Sebab dia bagi banyak kerja.Dia nak kami cemerlang.Dia suruh buat nota.Siap dia printkan lagi cover nota.Apa dia tulis kat nota tu? “Bukuku Sayang” .Aku terkesima sekejap bila dapat cover tu. Serius aku suka gila-gila.Hari tu cover aku hilang sebab tercabut , mungkin gam tak kuat.Pastu aku bagi tahu cikgu.Cikgu suruh aku cari jalan untuk selesaikan sendiri.Aku marah pastu aku blah macam tu je. Minta pun kedekut.Pastu dia cakap “takpe aku ada”.Aku pun redha.Aku tahu cikgu suruh aku berdikari. Aku sedar.Aku tak patut marah.Nafsu.

Pastu macam biasa kami kena buat kerja sekolah dalam buku latihan.Dia mesti akan bagi kertas dan tampal kat dalam buku.Cara nak gam pun dia ajar..Tenkiu cikgu.Bukan nya cara biasa gam.Cara dia aku panggil cara kedekut.Nak gam pun jimat.Baik takyah guna gam.Dia ajar letak kat penjuru kertas. Letak gam dalam kadar yang sangat sedikit setitik mungkin.Kalau ikut cari dia belum tentu setahun gam kau akan habis.Latihan aku tebal ar macam kawan lain sebab banyak tampal-menampal.Selagi ada ruang selagi itulah aku menampal.Tepek habis semua latihan yang cikgu bagi dalam buku.


Bila latihan, ada dia suruh buat kat rumah dan on the spot.Kalau buat kat rumah esok dia masuk kelas ofcourse dia akan suruh letak atas meja cikgu.Masa ni aku paling ingat Lim.Dia angkat buku lain pastu dia letak buku dia bawah buku-buku tadi. Cikgu aku cakap.”Baik letak bawah meja,biar cikgu tak nampak”.Masa ni aku dah nak gelak kuat.Tapi bila tengok muka cikgu , seram aku.Aku senyum jela.Bila tak bawa buku latihan cikgu akan cakap “ouh nak suruh mak kamu semak ye”.Kelakar.Kerja aku nak gelak je masa kelas dia.Itu buku latihan ,kalau buku teks dia cakap “ nak suruh mak kamu baca ye, rumah kamu baca, nenek kamu baca???”.


Bila  buat on the spot.Dia akan suruh duduk sorang-sorang.Kau duduk sana,kau duduk situ.Dah macam pengarah pulak aku rasa.Latihan pulak gila susah.Buat latihan pun sekejap je.8 soalan esei buat dalam 30 minit.Lepas tu dia suruh hantar atas meja.Takde yang lambat hantar.”Cepat-cepat”,Semua orang berlari-lari hantar jawapan.Tak bazir masa aku suka.Takde kau tengok orang lengang kankung berjalan masa cikgu ni.Bila jawapan salah dia bincang terus dalam kelas.Dia akan bagitahu sapa yang salah.Dia boleh pulak geleng kepala.Imbangan dagangan diorang tulis imbangan duga.Aku sengih aje.Pastu dia suruh buat macam ni - macam ni.Dia cakap je biasanya.Kalau kena lukis baru dia tulis dekat papan putih. Pandai-pandai lah nak buat pembetulan.Takde dah orang nak ajar sebijik-bijik.


Lagi satu dia memang rajin bila dia dah rancang nak buat apa sebelum ajar. Dia pun suruh kita plan apa kita nak buat, kita nak jadi apa.Dia dah siapkan soalan. Dah siap fikir suruh buat latihan,nota,peta i-think, baca sebelum cikgu masuk ,dan ulangkaji habisan.Kenapa aku cakap habisan?
Sebab dia akan guna masa yang ada sebaiknya.Takde buang masa langsung.Serius.Dalam kelas dia suruh buat latihan,terangkan jawapan,baca buku sama-sama dan ajar pelajar sampai betul-betul faham.Bila dia tanya faham tak?Semua berlakon kata faham.Cikgu cakap “takyah tipu,saya tahu kamu tak faham”. Dia buat macam-macam cara nak bagi kami faham.Selama aku jadi murid, aku tak pernah jumpa cikgu macam ni.Tak pernah.

Dia selalu sebut semua nama kawan sekelas aku.Zura ,Huda,Fairuza,Ziana, Lim,Chin Hook,Fara Liza,Lily,Khalas,Khairi,Amyra,Nadirah….Takde sorang pun dia tak sebut.Aku gila terharu.Tapi bila sehari dia tak sebut nama aku,aku sedih sangat.*Sanggup dia lupa aku hari ni. T-T

Dia akan tanya soalan.Bila nama kena sebut,macam nak nazak aje.Terkejut ya amat.Tak sangka orang lain yang  dipandang ,orang lain yang ditanya.Kalau ada soalan yang susah semua orang berdiri sebab tak tau jawab.Biasanya dia akan tanya murid yang pandai last sekali.Sebab apa?Bila jawapan betul semua orang boleh duduk tapi ada syarat.Bukan senang-senang nak terlepas.Dia suruh orang yang tak reti jawab ulang balik jawapan yang betul. Pastu dia akan kata , “ingat ye makcik2,pakcik2.Bila orang ajar tu dengar,fahamkan jangan berangan”.


Bila kat perhimpunan aku selalu tengok dia.Dia memang rajin .Sebab apa?Dia tanda buku latihan dekat situ.Adalah dia bawa ¾ buku latihan.Dengan pen merah dia tanda buku-buku itu.Dah lah tulisan dia macam doctor.Tak faham aku.Aku boleh tanya dia aku dia tulis kat buku latihan aku.Nampak benar aku aku nak perli dia.Aku selamba je.

Dia cantik dan dia banyak pengalaman.Maksudnya? Dia dah berusia *_*Hari tu anak dia ada datang sekolah.Ikut dia pergi sekolah lah.Paling aku ingat , masa BI masa tu aku form 3.Dia boleh paksa anak dia yang besar panjang untuk masuk kelas aku.Masa tu kelas bahasa inggeris.Teacher seow biasa je.Tak kisah.


Lupa pulak.Dia ada reka akronim untuk subjek yang dia ajar.Jadi kalau ingat akronim yang dia bagi, memang senang lah nak jawab periksa.


Aku tak pernah jumpa cikgu macam ni.Setiap kata penuh makna.Setiap perbuatan dia buat sungguh-sungguh.Setiap apa yang dia nasihat menusuk jiwa.Dia bagi aku sedar yang hidup ini tak seindah mana. Dalam kelas kami tak berani bersuara sebab dia garang tapi hati dia baik.Elok je aku keluar masuk bilik dia tanya bermacam soalan.Dia senyum je.Tapi, dalam kelas aura dia berapi-api.Takde yang berani kutuk dia dalam kelas.Walaupun dia sendiri yang cakap “Cikgu ni membebel je.Saya tahu la”.Semua tersentak. Yang paling best dia boleh baca fikiran kita walaupun dia tak pandang muka kita.

Dia jenis yang jual mahal.
Tak mudah nak bergurau dengan dia.Nak bergurau pun bertempat.Jangankan kami , cikgu BM aku yang pernah jadi anak murid dia pun masih seram dengan cikgu tu.Cikgu BM aku kata, “Hawa dingin. Shuss,nanti dia dengar”,seronok je kami mengata dia.Tapi cikgu tu suruh kitaorang bagitau cikgu kesayangan aku yang dia ucapkan selamat hari guru.Dia pun takut nak ucap sendiri.Bila kami bagitau, cikgu diam je.Dia buat derk.Jual mahal,dalam hati sapa tahu.

Aku tulis entry ni sebab aku nak ingat dekat dia.Mungkin satu hari nanti aku lupa apa yang dia buat untuk kelas aku.Boleh aku baca entry ni bila aku teringat kat dia.

Nak jadi cikgu cemerlang ? Jadi lah macam dia.


Bye.Assalamualaikum.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

Jumaat, 26 Februari 2016

Al-mathurat



Assalamualaikum semua.     Hai dah lama tak tulis entry.

Hari ni macam biasa saya nak tulis pasal keagamaan.Berkaitan dengan al-Mathurat.

Pada mulanya memang saya tak tahu langsung apa itu al-Mathurat.Kenal pun tak,kalau pernah nampak tu mesti tak kenal sebab saya tak tahu al-Mathurat tu apa sebenarnya.

Saya baru kenal mathurat tahun lepas*gaya macam kenal kawan je. Saya disarankan oleh sang penghati mulia untuk membaca mathurat. Pertama kali baca,

“Panjangnya.Takleh panjang lagi ke?” =_=
Baca pun aci redah je waktu dia.Haih…

Nak tahu al-Mathurat tu apa?

“…doa itu wireless.”Ustaz Khairun meneruskan ceramahnya.”Anytime,anywhere.Dan coverage dia luas.Di mana-mana saja signal bar dia penuh lima.Oleh itu… kita ambil full advantage… Al-mathurat tu contohnya. Tau al Mathurat tu apa?”

                Mana-mana yang masih belum terlentuk tersungkur syahid dalam lena tu menggeleng kepala.

“Al-mathurat tu adalah himpunan doa-doa yang selalu dibaca oleh Rasulullah SAW yang dihimpunkan melalui riwayat-riwayat dalam hadis.Dikumpulkan oleh seorang tokoh Mesir.Nama dia As-Syahid Imam Hassan al-Banna.Kalau nak cari al-Mathurat ni ,boleh jumpa di mana-mana kedai buku agama.Buku dia kecik aje.Cakap je nak al-Mathurat.Pak cik kedai tu insyallah tau.Ustaz Khairun mengangguk.

“Dalam himpunan doa tu, merangkumi segala askpek.Bagus untuk meminta kebaikan dalam hidup dunia dan akhirat,untuk mengelakkan niat jahat jin dan manusia, dan juga untuk mengelakkan syirik.”

(dipetik daripada novel [tunas]-Hovate hlm.139 dan 140)

Al-mathurat ni kena baca pagi petang.Pagi baca lepas subuh.Petang baca lepas asar.Kalau boleh lepas zikir,mengaji,doa terus je baca mathurat lepas solat subuh dan asar.Kalau boleh.Kalau tak sempat,baca kat mana-mana pun takper.

Saya baru tahu yang mathurat ni jaga kita.Bila nak buat sesuatu ,rasa mudah je.Rasa tenang.Rasa apa yang kita nak tu macam datang depan mata.Takde la kalau kome nak kek tak ada usaha nak beli,takde usaha nak buat.Mana dapat keknya.Haha.



Ada  cerita dalam telegram, channel kak Zahira.

Ada pelajar U,dia pagi tu baca mathurat sebelum ni tak baca pun sebab memang tak sempat.Kemudian dia pergi kelas tapi dia terlupa pakai kad pelajar.Pastu ada pengawal ke apatah check pelajar yang tak pakai kad.Orang tu tanya la course apa pastu dia jawab macam biasa dan dia tak kena denda apa-apa. Bila dia balik bilik, kawan dia pun ada juga kena tahan dan tak pakai kad.Kawan dia kena denda RM50 . Tapi dia tak kena denda pun.              Kuasa Allah kan.Amalkan al-Mathurat ya!

Hari tu masa di sekolah saya pergi surau dan saya dengar ustaz bersama pelajar KAA membaca Al-mathurat bersama-sama.Bila pelajar perempuan masuk ruangan perempuan baru tahu mereka murid tingkatan satu*13 tahun pun dah tahu mathurat tu apa. T-T

 Itu je yang saya nak kongsikan.Bye!

P/s : Terima kasih sebab baca.


Selasa, 23 Februari 2016

Tak sangka jadi begini


Assalamualaikum.

Hari ini keluar keputusan sem 1.Aku punya keutusan dia yang semak dekat bilik access masa aku sibuk bertanya cikgu KB pasal PBS Sejarah.Hari ini biasa aku tak rasa apa-apa.Cuma sejam sebelum keluar keputusan baru rasa sedikit risau.


Kau dapat berapa A ?

Mesti kome nak tahu kan.Kawan aku dengan kelas sebelah pun sibuk bertanya.Aku kata sikit je. Aku bersyukur dapat keputusan ini.Tapi aku kesal dengan diri aku sendiri.Aku tahu aku banyak main.Benda dah lepas takleh nak buat apa.Aku nak hypnosis diri.Nak jadi anak , adik ,kawan, dan pelajar yang baik .

Kenapa ?

Aku masuk tingkatan 6 pun terpaksa.Aku ingat lagi tarikh aku masuk tingkatan 6 ,25/5/15 .Aku masuk sekali dengan Pah yang tekde rezeki untuk sambung belajar di matrik.Huhu.Aku dah sedar sekarang.Dah redha.

Biar lah orang anggap tingkatan 6 takde nilai ke hapa.I don’t care about it. :p Even the techer in my school also hate form 6.Kau tahu dia cakap apa?

“Form 6 beria datang lambat , selangkah ke university pun belum dah nak berlagak”
“Kalau kamu pindah pusat senang nak handle murid-murid kat sini”
“Setakat muet tu saya boleh pass la.Macam makan kacang”
Aku doakan anak diorang masuk tingkatan 6.Padan muka. =_=
Lepas keluar keputusan aku berkeliaran dalam bilik guru.Mungkin ¾ kali aku keluar masuk bilik guru. Mula tu aku jumpa cikgu KB .Pastu aku jumpa cikgu Ain. Kemudian aku jumpa cikgu Sharida dan cikgu Yati.Akhir sekali aku jumpa Sir Jeya.Aku cakap terima kasih sebab dah ajar aku untuk sem 1.
Yang takleh blah masa lepas balik basuh tangan dari kantin aku jalan dan masa tu juga ada pengetua tingkatan 6 kononnyalah ,cikgu Nazim.Dia buat tumbs up kat aku.
“Huda bagus!”,Sambil mengankat tumbs up kepada aku.Aku senyum je.
“Cikgu saya dapat # “,Cikgu Sharida kata.Nak hadiah ke.Dia gurau je.Aku ikhlas dapatkan # takde nak hadiah bagai.
“First time tau ada orang dapat # “, Sir Jeya.Sir banyak kali kata nak duduk depan masa meeting.

“Mesti Sir Jeya bagi hadiah punya sebab kome dapat #”,Ain cakap pada dia dan aku.
“Mana ada haritu pun dia tak bagi apa-apa”
“Mesti esok dia bagi duit”
“Banyaklah kau.Hari tu masa tingkatan 3 , dia bagi kau apa”
“ermm.Bagi semangat ada la”,loyar buruk pulak.

Tapi keputusan aku taklah cemerlang sangat.Biasa-biasa.Aku ada 2 gred aje.Tapi 3 jenis gred berbeza. Taknak bagi tahu youlls.Biarlah rahsia.

Ok aku nak cau dulu.

p/s : Doakan kejayaan aku untuk sem 2 dan 3.Moga lebih semangat dan terus usaha dan tawakal kepada Allah.Jangan lupa untuk ingatkan aku untuk sentiasa doakan kebaikan untuk orang lain.

Assalamualaikum <3

Isnin, 1 Februari 2016

Lagu nasyid yang gila best



Assalamualaikum friend.

Today I would like to tell you about song.I love song.Termasuklah lagu nasyid. Lagu ni je pun yang aku boleh masuk.Masa zaman dulu aku layan juga lagu lagha macam lagu kpop dan seangkatan dengannya.Bila aku teringat balik,takde apa yang aku dapat.Lagu pun aku tak faham maksudnya.Jadi macam mana nak tahu lagu tu baik ke idak.Jadi,aku nak ubah diri sikit.


Mula-mula dengar tu agak perit juga.Iyalah benda baik,mula-mula bukan boleh terima.Samalah macam ngaji.Mula-mula rasa terseksa je kena belajar, kena baca dan lebih bagus lagi hafal.Tapi bila dah biasa, bila dah tahu nikmat akhirat baru kita boleh redha,kita boleh terima sebab bila kita ngaji tenang je jiwa. Bila ada masalah, macam masalah tu tak wujud.Ada je jalan untuk selesaikan masalah.

“Bila kita ingat Allah ,Allah akan ingat kita”


Okey ini lagu yang aku memang suka gila,

1.Rabithah
2.Bukti Cinta
3.Secebis Tangisan
4.Seperti Dulu



Semua lagu ni team Tarbiah Sentap yang buat,yang record.Aku dengar rasa macam sedih,hiba,baru aku tahu sebenarnya hidup aku takde pengisian rohani melalui lagu.Bila baca lirik memang best.Kalau kome nak dengar pi join channel Tarbiah Sentap dekat Telegram.Ada perbezaan dengan fan page Tarbiah Sentap dengan Telegramnya.Ada benda dalam fb dan ada jugak dalam tele.Ada benda dalam tele tapi takde dalam fb.Ada benda dalam fb tapi tak dikongsikan melalui tele.Jadi aku join je dua benda tu.Bila aku baca apa yang TS hantar/share aku dapat tambah ilmu walau tak banyak sikit.

Rabithah kisah pasal orang nak berubah jadi baik

Bukti Cinta kisah pasal Rasulallah yang cintakan umat

Secebis tangisan cerita pasal keinsafan hamba kepada penciptanya

Seperti Dulu cerita pasal sahabat yang rindu dengan kenangan lalu


Best sangat lagu ni.Kalau aku sedih aku dengar lagu Secebis Tangisan.Kalau aku rindu kawan aku dengar lagu Seperti Dulu.Kalau aku rasa macam terlebih buat dosa aku dengar lagu Rabithah.Hehe.Kalau aku rindu Rasullullah aku dengar lagu Bukti Cinta.

Aku bukan sesiapa ,aku hanya nak kongsi apa yang aku dapat

“Sharing is caring, you know”

Dah itu je rasanya yang aku nak gitau.Bye,assalamualaikum