Selasa, 9 Jun 2015

Seminggu di Tingkatan 6


Assalamualaikum.


Hasil carian imej untuk carry on stpm

Tak sangka masa berlalu meninggalkan aku beribu memori.Terasa macam semalam baru ambil SPM.Tup tup dah masuk sekolah balik.

Pada 25 Mei lepas, Huda masuk sekolah baru.Sekolah lama takde form 6.Dengan azam yang baru, beg sekolah baru dan kasut sarung hitam baru.Yang barulah kiranya.Huda pergi sekolah pakai baju kurung biasa bukan baju sekolah.Baju kurung tak baru,pakai je apa yang ada.Jimat kan?Ambil ekonomi kata ko.

Nama sekolah tu ialah STARS.

Tingkatan 6 di STARS ada 2 kelas,setakat ini k.Huda masuk kelas 6R1.Mula-mula masuk takut, tumpang meja kawan.Esoknya baru tukar tempat duduk, sebab Apah dan rakannya dah ubah kedudukan kerusi dan meja. Thanks Pah!

Hari khamis (28/5/15) semua pelajar 6R1 dan 6R2 ada aktiviti yang dikelolakan oleh pelajar 6Atas. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan.Kumpulan Huda ada 8 orang.Ahlinya terdiri daripada,jeng3 :
Fakree,zam,Khalas,Huda,Aida,Mila,Ain,Alin

Yang sporting gila adalah si Fakree.Sampai joget2 atas pentas.Hahahak.Kalau takde dia, tak famous ler kumpulan Huda.Hahaha.

Yang paling best kitaorang kena denda 2 kali sebab tak dapat hafal nama,tarikh lahir,tampat tinggal dan jawab kuiz.Bila kakak n abang2 upper six kata aktiviti sesi petang pun kena denda.Kitaorang pun mengeluh.

”kena denda lagi” .Pastu Mila cakap macam ni,

“Macam tak biasa pulak kena denda.Menari atas pentas pun kita dah biasa.Apa ar”Sambil angkat tangan ke kiri dan ke kanan.

Actually,Tingkatan 6 ni best apa.Taklah teruk.Okeyh2 jer.Semua kawan-kawan sporting,positive dan gorgeous.

Last but not least,Moga Tingkatan 6 jalan terbaik untuk Huda menuntut ilmu.Yang masuk tingkatan 6 tu jangan malu k.Tanggapan serong kita selama ni hanya nightmare bukan realiti pun. Realiti adalah lebih indah daripada apa yang kita bayangkan.Jangan sedih2 sebab masuk form 6.

Kejayaan anda bukan terhenti setakat ini.Teruskan usaha anda untuk mengejar 4 flat.Insyallah.

P/s : Rindu Huda untuk penulisan seterusnya.

Assalamualaikum

1 ulasan:

Cik karmila berkata...

akk pun bekas f6 gak...mmg bnyk kelebihan f6 yg org taktau...plg best hidup bebas hutang...peluang dpt u lagi cerah....alhamdulillah skang smbung ukm...all the best kayy..