Khamis, 16 April 2015

Kerja 5 bulan


Assalamualaikum

Alhamdulillah.Tika ini aku terniat nak tulis kisah kerja aku.Well,aku dah bagitau sebelum ni yang aku dah berhenti kerja.Jadi,kesempatan yang ada ini, aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku semasa bekerja.Orite,aku nak bagitau yang aku kerja sebagai juru jual.Jual barang.Retail assistant tak silap aku.

Masa mula-mula kerja,

“Macam mana ni kalau ada orang nak beli?Dah la aku tak tahu apa-apa”

Tengok,belum kerja lagi dah mengeluh.Mana rezeki nak datang.Asyik mengeluh aje.

Masa dah ada pengalaman kerja,

“Kerjanya senang je,layan orang pastu letak barang dalam plastik dan jual barang tu.Siap!”

Tengok,tak kenal maka tak cinta.

Bila dah berhenti kerja,

“Rindunya nak kerja,nak layan customer,nak susun barang,nak tag harga”

Wow,ekceli aku memang suka dengan kerja tu.Bila aku kat rumah rasa boring aje.

Yups,aku berhenti kerja sebab nak preapare apa yang patut untuk future study.Aku berhenti kerja bersebab okeys.

Perangai pelanggan yang tak boleh blah...

Aku nak cerita yang aku ada ramai pelanggan.Sampaikan ada sorang mak cik ni kata,”hari tu mak cik datang beli brooch kat sini lah.Hari tu mak cik datang dengan anak”.Aku pun angguk aje lah.Dah ramai sangat,mana aku ingat.Dah la aku ni pelupa.

Pelanggan ni ada banyak kategori.Tengok baru 5 bulan kerja aku dah boleh beri pandangan.
Pelanggan yang...

1 mudah mesra dan senang beli barang
2 mudah mesra dan susah beli barang
3 banyak cakap dan senang beli barang
4 banyak cakap dan susah beli barang

mMudah mesra maksudnya,aku tanya soalan,dia dengan senang hati jawab dan tanya aku soalan balik.
Ada kisah di sebalik pelanggan yang mudah mesra.Ada seorang kakak ni,dia datang belek cincin.Then,aku dengan ramahnya tanya umur dia.

“Umur akak berapa”
“Cer teka”,Sambil pandang aku.
“25”,Betul ke?aku bedal aje.
“Pandai”,See,amin aku jadi pandai.
“Umur adik?”,dia tanya aku balik wei.Ini lah yang dikatakan mesra.
“Cer akak teka?”,Aku pulak bermadah.
“18”.Amboi,terrel betul akak ni.Macam ahli nujum aje.

“Betul tu”,

Tengok betapa pandainya aku.Tak sangka kan.Sebelum ni ada jugak aku teka umur pelanggan,tapi tak pernahnya tepat.At last,dapat jugak aku teka dengan tepatnya.Clap,clap*tepuk tangan untuk aku.

Banyak cakap pulak orang yang banyak tanya aku macam-macam benda.Contohnya,
*Brooch ni kalau jatuh batu nak buat apa?
*Pin shawl ni ada bawah dia?

Punya la korek-korak rahsia tanya aku macam-macam.Aku pun pening dibuatnya.Tapi,aku tak kisah.Tanyalah.Bagus kalau yang banyak tanya.Tak lah menyesal nanti bila beli.Bagus2
Gelagat manusia.Aku akan tengok sometime yang berlaku depan mata aku.Contoh?

#Ada seorang husband yang agak muda mendukung baby kecil,tengah duduk kat kerusi urut.Pastu baru datang seorang wanita dengan 3 orang anak.Perhh,adik wanita tu rasanya,suami dia outstation kot.Sebab lelaki tu Nampak muda sangat.Atau dia awet muda?
#Ada seorang pasangan.Loving husband and wife.Dah ada anak.Anak perempuan yang baru bertatih. Diorang pimpin tangan baby tu.Si husband sebelah kanan,di isteri di sebelah kiri.Sweet yah ampun.

#Ada seorang wife ang husband.Jalan berdua aje.Pada aku mungkin diorang baru kahwin.Tengah jalan di rak baju.Hanya berdua.Sweet apa.Jelous I.

Okeyh,cukup takat itu.Cerita pasal kawan tempat kerja pulak.

mYang sebaya dengan aku :

Alin,Wani,Diana,Atikah,Mira,Hairul

Yang muda dari aku :

Boy,Airil

Yang tua dari aku :

Kak Ecah,kak Yan,kak Gy,kak Rabiah,Kak Ika,Kak Ain,Kak Ema,Kak Anis.

Aku nak cerita tentang seorang kawan.Dia baik,cantik dan agak ramah.Aku jumpa dia kat tempat kerja,dia selalu datang jumpa aku.Baik kan,selalu jumpa aku.Nama dia Ayie.Nama sebenar dia aku tak boleh bagitau,rahsia..hikhik.Aku masih contact dia.Dia takde whatsup , dia cuma ada call dan sms. Aku sms jer dia,tanya macam-macam.Lawak betul sembang dengan dia.Suara dia,merdu-merdu aje.Hakhakhak. Itulah satu-satunya kawan yang sebaya dengan aku dan yang rapat dengan aku,dan yang tahan dengan kerenah aku. Ayie,Huda seronok kawan dengan Ayie.Biarpun kita dah tak jumpa dah,Huda akan tetap ingat Ayie sampai bila-bila,walaupun Huda ni seorang pelupa.Hahaha.Skema kan.Macam tu lah aku sembang dengan dia kat sms.Skema pun skema lah.Janji Ayie seorang kawan yang baik.Huda doakan Ayie berjaya di dunia dan di akhirat.Confirm menitis air mata dia baca ayat aku.Hihihi.Aku jenis yang tak kisah kawan dengan siapa pun, janji kawan dengan orang yang baik ,dan faham dengan sikap aku.

Alhamdulillah,aku dah lalui pengalaman bekerja dengan jayanya.Kenangan semasa bekerja akan ku coret dalam kotak memoriku.

Nasihat aku kepada yang nak bekerja atau yang tengah bekerja :

Sentiasa senyum sebagai ubat duka,sebab Achik Salmiah ada cakap,Urat senyum lebih pendek dari menarik urat masam.Bila korang senyum senang jer,tak payah guna banyak tenaga.Kalau tarik muka masam,kena kerutkan dahi,muncungkan bibir dan kena kecikkan mata.Tengok,betapa susahnya tarik muka masam.So,baik senyum jangan masam2.Tak cantik!Yeah,aku banyak belajar masa kerja.Belajar menjadi lebih matang dan belajar untuk menilai manusia.

Lastly,think positive dalam apa jua keadaan sekalipun.Jangan biarkan orang terus memandang sisi negative dirimu.Sebab ramai yang bersangka buruk dari bersangka baik,tapi bukan semua.Kebarangkalian orang akan, salah tafsir tentang diri kita.Kita yang bijak di sangka kurang cerdik,kita yang baik di sangka penyamun,kita yang ikhlas di kata terpaksa,kita yang bersedekah di kata menunjuk-nunjuk.Jadi jangan biarkan diri kita memandang negative terhadap orang lain. Sebabnya, kita akan dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dah kita buat.So,renungkan.

That’s all aku nak cerita.Mungkin setakat ini yang aku nak sampaikan.

Thanks kepada yang sudi baca.

Apa yang baik hanya dari ilahi,dan yang tak baik semestinya dari diri pemilik blog ini sendiri.

Bye semua,Assalamualaikum!Rindu aku untuk penulisan seterusnya.

Tiada ulasan: