Jumaat, 20 Februari 2015

First time tengok wayang


Hai semua,assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan,Huda akhirnya berkesempatan menonton wayang.First time tau pergi wayang.Macam jakun pun ada.Tapi still boleh control ayu.Hahaha..

Bayaran?
RM14++
*kombo dengan popcorn

Pergi dengan siapa?
My sweet cousin.,
*Kak Ila
*Jia
*Zura
*Ija

Pawagam mana?
MBO

Jam berapa?
11.30 pm - 1.30am

Filem apa?
Dragon Blade

Cerita pasal apa ?
Cerita kung fu.Sebenarnya Huda pun terconfuse.Haha.Lawak bila ingat balik.Dah la ada subtitle bm & bi.Tapi still blur.Okeyh..nanti Huda sambung cita.

Watak utama dia ialah..
Jeng..jeng..jeng
Jakie Chan
Yang lain Huda tahu Si Won jer.Itu pun kumpulan Super Junior.Thats all yang Huda ingat.Watak lain ingat muka aje.Nama tak tahu.

Cerita bermula bila ada dua kumpulan yang mahu berperang.Satu kumpulan nampak kejam.Pakaian mereka menakutkan.Pakai baju dari bulu binatang buas.Tambahan pula,diorang bela burung ganas.Burung tu akan cakar muka musuh semasa berperang.

Kumpulan lagi satu pula alim.Mungkin dari timur.Pakai serban bagai.

Tanpa dijangka ada satu lagi kumpulan.Hanya terdiri daripada 20 orang.Sikit kan.Nama kumpulan tu ialah puak perlindungan.Ketua kumpulan tu hero cerita ni.Tak payah Huda jelaskan siapa gerangannya.Hihihi.

Si ketua puak perlindungan mendamaikan kumpulan itu.Tapi kumpulan  Kejam hantar wakil utk serang Jakie Chan.Mula-mula lawan dengan lelaki pastu lawan dengan si gadis.Yang part ini yang lawak tak ingat.Huda tak boleh bagitahu,so..tengok sendiri.Nanti tak saspen.

Straight to the point,kumpulan kejam tu bantu Jakie Chan masa last cerita ni.

Cerita ni hanya berlatarkan zaman Rom berabad dahulu.Ada gunung.Pagoda lama dan bla bla bla.

Yang tak boleh blah bila dengar tapak kaki kuda.Meremang bulu roma.Sepupu Huda yang dah tidur pun terjaga.Begitu kuat bunyi itu.Kahkahkah.

Realitinya,laluan sutera ada dalam filem ini.Bila lihat keindahan alam ucaplah subhanallah,biarpun tidak dilihat secara langsung.Tambah pahala.Hohoho*Dah macam ustazah pulak.

Dalam cerita ni ada watak budak kecil.Anak kedua kepada Maharaja Rom,kononnya.Anak pertama umurnya jauh lebih tua berbanding si adik.Ada pulak Huda ingat anak pertama tu bapa kepada anak kedua.Memang tak patut.Watak jahat si anak pertama.So,tengok ye kalau nak lebih terperinci.Huda dah tak berapa nak ingat.Sorry!

Pastu  bila pulak Si Won tu baik? Padahal dia tu tali barut kerajaan Rom.Entah penjelasan yang pupu Huda bagi dah tak ingat.Tak pe..tak penting pun.Saja menonton sekadar hiburan.

Ingat nak tengok Encik perfect 10.Tapi tak kesampaian.Tak pe lah Huda.Tak tengok,tak rugi apa-apa.*pujuk diri

Pengajaran dalam cerita ini :
Kekalkan kedamaikan untuk mengelakkan lebih banyak kematian.

Apa-apa pun cerita ini tak mengecewakan.Rugilah siapa tak tengok.

Rugi kenapa?
Lihat ketabahan Jakie Chan memainkan peranan sebagai hero walau tak kuat macam dulu.Sedih Huda tengok hero.Dah tak kuat angkat pedang.Terketar-ketar tangan dia.Kalau boleh Huda nak masuk dalam cerita tu ganti dia.kahkahkah.Berangan lebih pulak.Hahaha.

Bila tengok mereka berperang terbayang cerita Muhammad Al-Fatih karya Abdul Latip Talib.

P/s : Huda tengah baca novel Apa saja untukmu sayang karya Zya Za.

Okeyh,Huda mahu mengundur diri dari terus menaip entry ini.

Rindu Huda untuk lain penulisan.K bye.

Assalamualaikum

Tiada ulasan: