Isnin, 30 Jun 2014

Sly and Single Again @ Cunning Single Lady

Assalamualaikum dan good night.

Selamat berpuasa kepada mukmin di luar sana.Pejam celik-pejam celik dah 

dua hari kitaberpuasa dalam bulan yang barakah ini.Straight to the point,

saya nak bagi review tentang sebuah drama korea yang sedang saya tonton di 

netbook.Mulanya saya tak tahu cerita pasal apa. Pastu,kakak saya ajak saya 

tengok.Tak sangka tak sampai seminit saya dah rasa cerita 

ni wow, superb and whatever.Jom berkenalan dengan watak-wataknya dulu,

Hero-Cha Jeong Woong
Heroin-Na Ae Ra-34 tahun
Director Guk (Perempuan)
Adik Director Guk(lelaki)-26 tahun
Pi Song Hee
Yang lain-lain tu saya tak ingat nama wataknya.Sorry! 

Ada 16 episod(1 episod , 1 jam)

Maaf sebab saya tak letak gambar.


Ceritanya berkisarkan tetang hidup Na Ae Ra,dia berkahwin dengan

seorang pemuda bernama Cha Jeong Woong yang pakar membaiki komputer.

Walaupun masa tu Cha tak berapa nak kacak,dia tetap ingin berkahwin dengannya.

Pada mulanya mereka hidup bahagia.Namun,apabila Cha memutuskan ingin

berhenti kerja,Ae Ra bimbang.Sebagai ketua keluarga,Cha yang bertanggungjawab

mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan mereka berdua.Justeru tu,Ae Ra 

bimbang.Dia tidak dapat menerima alasan munasabah dari suaminya iaitu ingin

membuat perniagaan sendiri.Memang tak logik dan tidak diterima akal!Kemudian,

Ae Ra diceraikan oleh suaminya.Dia tidak mahu menanggung suami yang 

duduk dirumah sahaja.


3 tahun kemudian,


Sewaktu Na Ae Ra hadir ke majlis hari jadi kepada anak rakannya,dia baru

mengetahui bahawa Cha sudah bergelar CEO di sebuah syarikat DONTALK,

syarikat komputer.Ae Ra akur,dia sudah tiada apa-apa hubungan  dengan Cha lagi.

Terkejut besar Ae Ra bila mendapati suaminya sudah bertukar imej,tidak seperti 

suaminya yang dulu.Tapi,dia ingin membalas dendam.Apabila dia bekerja di sana,lain 

pula jadinya.Ae Ra diibaratkan seperti penyelamat.Apabila ada masalah dia yang

hadir membantu.Cinta Cha tehadap isterinya itu mula berputik semula. Cha 

berusaha memikat hatinya kembali.Wajarkah Ae Ra menerima 

lelaki yang tidak membantunya ketika dia susah mencari wang untuk

menyelesaikan hutang?Yang terpaksa kehilangan bayi mereka kerana sibuk mencari

duit?Adakah ibu dan kakak Cha dapat menerima Ae Ra?

Nak tahu lebih banyak lagi,saksikan cerita ini di youtube atau di mana-mana sahaja.

Perwatakan :

Ae Ra sebenarnya berhati mulia,masa Cha nak bagi dia alimony,dia tak ambil.

Dia ada maruah yang harus dijaga.Biarlah suaminya tidak tahu akan keperitan

hidupnya selepas mereka berpisah.Bagi saya,saya lebih suka part dia imbas kembali

zaman mereka jadi suami isteri,sweet sangat.

Drama ini sudah ditayangkan dikorea pada bulan 2 hingga bulan 4 pada tahun 2014.

Kiranya,ini cerita baru.Jom tonton cerita ni bersama.Saya tak pasti bila akan

ditayangkan di tv atau astro.Yang pasti cerita ni best sangat,ada banyak pengajaran.

Saya juga sempat lah jugak belajar sikit-sikit bahasa korea dalam drama tu.


Harassso-Baik/okey
Aneyong-Tidak
Kamsahamida-Terima kasih
Hajima-Jangan

That's all for this entry bye!Hope kamu semua pun minat cerita korea macam saya.

>> Sly and Single Again <<

Assalamualaikum,tada..see you soon. 

Tiada ulasan: