Rabu, 19 Mac 2014

Examination Is Exciting !



Assalamualaikum Semua !


Hari ni Hari Rabu,Dah lama rasanya saya tak menaip.Teringin jugak nak jadi 

blogist terkenal.Okeyh,lupakan pasal Blogist terkenal..Nak eja pun dah tak 

betul..



Hari ni saya periksa.Ada 4 kertas.Semuanya subjek-subjek yang menakutkan.

Bukannya subjek tu macam hantu ye.. Jangan salah faham. Nak tahu kertas 

apa,macam biasa,kalau kelas akaun macam saya ni tak sah 

kalau tak ambil PA ( Prinsip Perakaunan ).Kertas yang saya ambil hari ni

ialah,EA ( Ekonomi Asas ),PA,Addmath,dan subjek simple satu ni iaitu, 

Sivik!


Tak tahulah nak cakap macam mana.Saya rasa jawab semua kertas ni macam 

selalu.Dapat kertas,jawab elok-elok.Kalau dapat keputusan cemerlang lagi 

bagus.Semestinya aku orang pertama yang paling bangga 

bila dapat good result.. Doakan untuk saya ye!Ini periksa penggal 

pertama,lagi dua hari periksa akan habis,Moga-moga saya dapat keputusan 

yang baik.Kalau nak dapatkan A susah!Kena usaha lebih.Cikgu saya ada kata.



"Belajar elok-elok,nanti dapat keputusan bagus,kerja elok,dapat apa yang kita nak"

Aku rasa betul apa yang cikgu cakap.Dan cikgu juga ada berkata...


"SPM ni nyawa kamu,kalau kamu gagal kamu matilah hidup ni"


Ayoyoyyo..mati?Saya tak nak mati dalam hidup ni.. 

Cikgu lagi seorang cakap,"bukan senang nak jadi pandai dan bukan senang nak jadi 

bodoh",yang ni saya tak berapa nak faham.Saya rasalah,nak jadi bodoh ni 

bukannya susah sangat.Buat tak tahu je kan?


Okeyh,nanti kalau result penggal 1 saya okeyh saya buat review,kalau tak 

okeyh pun saya inform nanti.Jangan pulak ternanti-nanti ... Itu sahaja untuk 

hari ini. Bye .


[ Assalamualaikum ]