Selasa, 9 September 2014

Periksa



Assalamualaikum

Minggu ni Huda periksa.Maklumlah budak SPM.Minggu ni minggu terakhir selepas 4 minggu

berturut-turut periksa.Esok periksa Prinsip Perakaunan and 2 lagi tu macam makan

kacang jerr..Sivik n Pendidikan Jasmani.Okeyh..Huda pegi dulu..

Ada masa nanti Huda sembang lagi.

Doakan Huda dapat semua A untuk percubaan SPM ni..

May god bless you

Nota Kaki : Alhamdulillah Huda menang segmen kak Sara Huda ^__^

Sabtu, 9 Ogos 2014

Emergency couple

Assalamualaikum



Hari ni Huda nak cerita pasal satu drama korea.Tajuknya Emergency couple.
Okeyh..kita kenal-kenal dulu dengan watak-wataknya.

Hero : Oh Chang Min
Heroin : Oh Jin Hee (Song Ji hyo)
Han Ah Reum,suka kat Oh Chang Min
Chief Gook,minat kat Oh Jin Hee

Diorang ni sebenarnya berkahwin pada usia yang terlalu muda,sebab tu lah rumah tangga
mereka goyang and terpkasa bercerai.

5 tahun berlalu,mereka bertemu kembali di
sebuah hospital di mana disitu mereka menjadi doktor pelatih.
Oh Chang Min mempunyai keluarga doktor,bapanya doktor.Adik beradik mak dia
pun doktor.Tapi, mak dia bukan doktor.Mak Chang Min memang tak berapa suka
dengan Jin Hee.Mungkin sebab Chang Min kahwin dengan Jin Hee dia tak jadi doktor time tu.

Oh Ji Hee ni pula berazam nak jadi doktor sebab dia nak tahu apa istimewanya jadi doktor,
ada adik beradik keluarga doktor.Dia pelik dengan mak mentua dia yang sangat mementingkan
darjat.Kononnya tak suka anak dia kahwin dengan orang miskin.

Then,nak dipendekkan cerita Oh Jin Hee dah tak ada perasaan kat Oh Chang Min.
Tapi,dalam diam dia masih menyayangi bekas suaminya itu.Dalam masa yang sama,dia mula
jatuh cinta dengan Chief Gook,ketua unit ER(Emergency Room).

Oh Chang Min pulak dah jatuh cinta balik kat bekas isteri dia.Tapi, mak Oh Chang Min 
beria-rianak jadikan Han Ah Reum(anak menteri/doktor pelatih) jadi menantunya.Oh Chang Min
memang tak minat kat Ah Reum,tapi Ah Reum ni seksi,cantik and badannya ramping.
Manalah kita nak buat ,dah tak berkenan.
Bapa Oh Chang Min,juga seorang doktor.Dia tak berapa ngam dengan isteri dia.
Pastu,mak Oh Chang Min ni minta cerai kat suami dia.Apatah..dapat suami doktor pun nak cerai.
Tapi,Bapa Oh Chang Min memang rapat dengan Jin Hee.
Jin Hee memang selalu lawat dia.

Okeyh..cukup,dah panjang rasanya cerita ni.
Nak lagi? Nanti Huda update lagi. 
Baru tengok episod 14.
Ini drama terbaru untuk tahun ni di korea.
Kat Malaysia belum ditayangkan lagi.
Jom le kita tengok.

Bye,Assalamualaikum

Penghargaan

Assalamualaikum

Hari ni Huda nak ucapkan terima kasih kepada insan-insan yang sudi beri kad raya utk tahun ni.
Well,Huda dapat 6 kad Raya.Thank you so much guys.
Okeyh...
Kad Raya yg Huda terima adalah dari,
Kak Aizu 
Irayyan.com
Kak Syeeda Syaniey
Kak Sally Samsaiman
Abang Khairil Mazri
Kak Wani

Terima kasih banyak-banyak.Ingatkan orang zaman moden,dah lupakan Kad Raya...
Tak sangka ada juga yang meneruskan tradisi nenek moyang kita.Tahniah-tahniah!
Jom tengok kad-kadnya,
sorry tergelap sikit

yg ni pula sanmpulnya,dah rabak sebanarnya,Huda kasar sangat..Hehehe


Satu lagi sampul yg terlebih tu dari Kak Fatin Diana.
Alhamdulillah saya menang Brecelet/gelang tangan.
Mekasih semua.
Ada juga rezeki saya dlm bulan Ramadhan.

Jom tengok kad bloggers yang saya dapat,


Huda bersyukur sangat-sangat sebab berpeluang dapat semua kad Raya tu

Serangkap pantun untuk anda,

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh Huda nak lagi.

*budak besar tak malu
KLIK GAMBAR KALAU NAK BAGI DUIT RAYA KAT HUDA.

Okeyh,itu jer... Daa.Assalamualaikum

Sabtu, 12 Julai 2014

Sukan terakhir


Assalaamualaikum

Kupon yang Huda buat untuk rumah sukan 


Sekolah Huda ada buat Hari Sukan dan balapan kali ke...
Huda tak pasti kali ke berapa.
Dah Dua tahun Huda tak sukan,bukannya apa.
Padang sekolah yang dinaik taraf meemerlukan sedikit masa untuk diperbaiki.
Last-last padang sekolah tak berapa okeyh sangat.
Coz of that sekolah just buat 4 acara jer time sukan,
Larian cuma ada acara 100 meter.
Disebabkab Huda memang tak minat bersukan,Huda lebih suka jadi crew.
Tolong cikgu uruskan nombor and bagi kupon.
Benda tu Huda tau buat.Kalau lari-lari ni kompem Huda tak dapat nombor.
Hahahah.
Dapat penat ada lah.
Well,ini tahun terakhir Huda di sekolah menengah.
So,tak la kempunan sangat nak bersukan nanti.
Biarpun Hari Sukan tahun ni tak berapa meriah.Huda tetap enjoy! ^__^
 INSPIRA chaiyok.

Kalau ada rezeki,mungkin Huda dapat jugak bersukan kat mana-mana.
Tak apa-apantah yang saya cakap ni.Hihihihi.

Kepada readers yang belum join GA Huda,Jom klik SINI.
Pelbagai Hadiah menanti anda.What are u waiting for?Take part meh.

Daaa,Salam Ramadhan#15

Khamis, 10 Julai 2014

Sudah 12 Ramadhan


Assalamualaikum


Pajam celik-pejam celik dah masuk hari ke 12 kita berpuasa.

Saya baru sedar hari ni.Haahahaha.

*Nampak benar tak peka.Orite time bulan Ramadhan ni lah kita kena tambah amal.

Realitinya,bulan puasa sememangnya memberi sejuta barakah.

Cuma kita jer yang tak sedar.

Ustaz pun ada edarkan brosur berkaitan bulan Ramadahn.

Baru terima tadi.Dah siri 2,kejap je masa berlalu.

Ada 2 keutamaan dalam bulan Ramadhan :

1. Bulan Ramadhan terdapat malam lailatulqadar.

[Orang-orang beriman digalakkan agar berlumpa-lumba banguh meakukan amal ibadah

 dengan penuh keimana dan mengharap pahala dari Allah]


2.Malaikat turun ke langit dunia bersama malaikat jibril

[Kita jer yang tak sedar,malaikat akan merahmati manusia yang sentiasa beribadat kepada Allah]

Credit to : Ramadhan,kehadiranmu Dinanti,Pemergianmu Ditangisi

Kepada rakan bloggers yang belum berkesempatan dijemput take part dalam GA saya.

Banyak hadiah menarik menanti anda.

-> Ada seisedo mask *betul ke ejaan tu?
Ada keychain comel
Ada bookmark
Ada mounstach keychain
dan banyak lagi

Tekan SINI kalau berminat. 


Grab this change.
Mana tau ada rezeki bulan puasa.

Mohon maaf jika salah kata.Bye!

Assalamualaikum ( ^__^ )


Sabtu, 5 Julai 2014

Dunia Seorang Pelajar

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Hari ni Huda nak berborak pasal tugas seorang pelajar.

Semua orang tahu pelajar tugasnya adalah untuk belajar.

Tapi,tak semua benda mudah dalam hidup ni.

Semua orang kena struggle dan buat lebih baik dari orang lain.

Dan bla bla bla...Kita memang susah nak belajar.

Kalau difikirkkan balik,ilmu ni sangat penting.

Bayangkan kalau kita tak ada ilmu.Kita tak ada kerja,

Kita tak ada duit,tak dapat gaji macam orang lain.

Nak beli apa pun tak boleh,kenalah jimat-jimat.

Orang naik kereta kita naik basikal.

Sedih pulak dengar bila ada orang ditakdirkan macam tu.

Saya tak nak.
Kalau nak belajar kita kena ada 8s&1c
Apa 8S & 1C tu?

8S

1.Score(tetapkan target kita,yakin dengan apa yg kita lakukan.org lain boleh,kita pasti boleh)

2.Study(belajar tu kena pada masanya,belajar pada waktu pagi)

3.Strategi(Sebelum belajar kita kena ada plan,first pasang niat,second do your time table,third,go on)

4.Speed(Kena buat sepantas mungkin,periksa dah dekat,the important things jgn bertangguh kerja)

5.Stamina(Bagun awal,lebih elok seembahyang Hajat dulu.Moga ilmu cepat masuk)

6.Support(Everyone need support,you too.If don't one to support you believe yourself,you can do it!)

7.Success(Kejayaan tidak datang seperti angin,amat pantas dan tanpa disedari,usaha sendiri)

8.Spirit(Kita kena ada semangat kalau nak buat sesuatu perkara,kalau tak ada semangat tak jadi punya kerja tu)

1C

1.Checking(Semak balik semua latihan yg kita dah buat.Tanda guna highlight pen.Jgn segan jumpa guru)

Wow..susah kan nak jadi  pelajar?

Well, no things easy in this world.

It's depends on your effort.

Siapa usaha lebih dia dapat lebih,jangan jealous!


Thanks for reading my entry.

Terpanjang pulak entry ni. ^__^

>Mari memeriahkan GA simple Step by Rahsia Hati Huda.


"Ilmu seperti sayap,jika tidak ditangkap ia akan terbang"

Salam Ramadhan


Rabu, 2 Julai 2014

Dah Habis

Assalamualaikum

Hari ni saya nak cakap sikit pasal cerita korea yang satu ni.Baru habis tengok malam tadi.

Best sangat.Saya dah buat entry untuk cerita tu.Boleh tengok di side bar.Tajuknya,Sly

and Single Again.Lakonan yang mantap membuatkan cerita itu penuh dengan perasaan.

Kalau part sedih memang nak menangis.

Kalau gembira pun tetap menangis tak tahan gelak..ahahaah

Lagu yang paling saya minat dalam drama ni >> Mirror Mirror-J-Min

Hari ni hari jadi saya(2/7/1997)
Ada lah jugak yang ucapkan Happy Birthday kat saya,antaranya:

Athiqah 
Kartiga
Rengeswari
Anne
Shamala
Amyra
Nadirah

>Thanks a lot guys for remind my birthday.

I wish myself to become more hardworking to  any work I do in life.
Hope myself to become a nice person.
Sorry for my broken English!

Assalamualaikum.


Isnin, 30 Jun 2014

Sly and Single Again @ Cunning Single Lady

Assalamualaikum dan good night.

Selamat berpuasa kepada mukmin di luar sana.Pejam celik-pejam celik dah 

dua hari kitaberpuasa dalam bulan yang barakah ini.Straight to the point,

saya nak bagi review tentang sebuah drama korea yang sedang saya tonton di 

netbook.Mulanya saya tak tahu cerita pasal apa. Pastu,kakak saya ajak saya 

tengok.Tak sangka tak sampai seminit saya dah rasa cerita 

ni wow, superb and whatever.Jom berkenalan dengan watak-wataknya dulu,

Hero-Cha Jeong Woong
Heroin-Na Ae Ra-34 tahun
Director Guk (Perempuan)
Adik Director Guk(lelaki)-26 tahun
Pi Song Hee
Yang lain-lain tu saya tak ingat nama wataknya.Sorry! 

Ada 16 episod(1 episod , 1 jam)

Maaf sebab saya tak letak gambar.


Ceritanya berkisarkan tetang hidup Na Ae Ra,dia berkahwin dengan

seorang pemuda bernama Cha Jeong Woong yang pakar membaiki komputer.

Walaupun masa tu Cha tak berapa nak kacak,dia tetap ingin berkahwin dengannya.

Pada mulanya mereka hidup bahagia.Namun,apabila Cha memutuskan ingin

berhenti kerja,Ae Ra bimbang.Sebagai ketua keluarga,Cha yang bertanggungjawab

mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan mereka berdua.Justeru tu,Ae Ra 

bimbang.Dia tidak dapat menerima alasan munasabah dari suaminya iaitu ingin

membuat perniagaan sendiri.Memang tak logik dan tidak diterima akal!Kemudian,

Ae Ra diceraikan oleh suaminya.Dia tidak mahu menanggung suami yang 

duduk dirumah sahaja.


3 tahun kemudian,


Sewaktu Na Ae Ra hadir ke majlis hari jadi kepada anak rakannya,dia baru

mengetahui bahawa Cha sudah bergelar CEO di sebuah syarikat DONTALK,

syarikat komputer.Ae Ra akur,dia sudah tiada apa-apa hubungan  dengan Cha lagi.

Terkejut besar Ae Ra bila mendapati suaminya sudah bertukar imej,tidak seperti 

suaminya yang dulu.Tapi,dia ingin membalas dendam.Apabila dia bekerja di sana,lain 

pula jadinya.Ae Ra diibaratkan seperti penyelamat.Apabila ada masalah dia yang

hadir membantu.Cinta Cha tehadap isterinya itu mula berputik semula. Cha 

berusaha memikat hatinya kembali.Wajarkah Ae Ra menerima 

lelaki yang tidak membantunya ketika dia susah mencari wang untuk

menyelesaikan hutang?Yang terpaksa kehilangan bayi mereka kerana sibuk mencari

duit?Adakah ibu dan kakak Cha dapat menerima Ae Ra?

Nak tahu lebih banyak lagi,saksikan cerita ini di youtube atau di mana-mana sahaja.

Perwatakan :

Ae Ra sebenarnya berhati mulia,masa Cha nak bagi dia alimony,dia tak ambil.

Dia ada maruah yang harus dijaga.Biarlah suaminya tidak tahu akan keperitan

hidupnya selepas mereka berpisah.Bagi saya,saya lebih suka part dia imbas kembali

zaman mereka jadi suami isteri,sweet sangat.

Drama ini sudah ditayangkan dikorea pada bulan 2 hingga bulan 4 pada tahun 2014.

Kiranya,ini cerita baru.Jom tonton cerita ni bersama.Saya tak pasti bila akan

ditayangkan di tv atau astro.Yang pasti cerita ni best sangat,ada banyak pengajaran.

Saya juga sempat lah jugak belajar sikit-sikit bahasa korea dalam drama tu.


Harassso-Baik/okey
Aneyong-Tidak
Kamsahamida-Terima kasih
Hajima-Jangan

That's all for this entry bye!Hope kamu semua pun minat cerita korea macam saya.

>> Sly and Single Again <<

Assalamualaikum,tada..see you soon. 

Sabtu, 14 Jun 2014

Busy and hate copycat


Assalamualaikum.

Hari ni saya busy,mungkin nak siapkan kerja sekolah yang masih banyak berbaki.Time petang-petang ni la org seronok tidur.Tapi takpe,biar kerja habis dulu,baru senang nak tidur.Sekarang ni saya tengah buat homework Ekonomi Asas.Biasa-biasa je.Tak susah mana kalau kita rajin rujuk buku.Banyak tu memang banyak.Tapi dah diri ini yang asyik bagi sebab dan alasanlah banyak kerja yang masih tertangguh.


Busy pada detik-detik akhir cuti sekolah.Sangat membosankan. Penat siapkan kerja sekolah ni kejap je.Lepas dah habis sekolah dah tak boleh rasa macam mana nak siapkan kerja sekolah.Semua org yang agak malas lebih suka untuk meniru.*Samalah kita.


Tapi aku memang jaranglah nak meniru bagai ni.Bukan dapat apa,nanti jadi kurang bijak sebab dah malas fikir sendiri.So,jangan harapkan orang lain nak buat kerja kita.Aku memang tak tahan merenung orang yg suka buat peniruan bersiri.


Tak suka sebenarnya.Asyik salin jawapan je!Sebenarnya takut kalau cikgu marah.Tak pasal-pasal yg tak bersalah jugak yg kena. Kesian-kesian.Saya pun pernah kena.Tak pasal-pasal cikgu tuduh kita tiru orang yg meniru.Nak kata apa.Nanti gaduh susah pulak.Baik diam aje.


So,hentikanlah tabiat meniru tu.Nanti org lain mangsa.Tak sedar pulak saya dah banyak pulak tertaip untuk entry kali ini.


Itu saja dari saya.Saya mohon maaf jika apa yg saya taip utk entry kali ini menyakitkan hati sesiapa.Tak salah rasanya saya menegur.


Sekian dari saya,Huda.
Terima kasih kapada sesiapa yang sudi baca entry saya yang panjang berjela ni.May god always bless us.


Assalamualaikum.

Ahad, 8 Jun 2014

Review Novel,Ku Kejar Kau Lari

Assalamualaikum.


Click the picture to get more story.



Today,I would like to tell you about one novel i had read.Name of the novel is Ku Kejar Kau Lari,written by Raihan Zaffya.First,l haved hear about this novel from the written in facebook.She was kind to me.Me to.*Hahaha.

Back to story,i want to give you a little bit about this novel.Nadira was heroin in this novel.She was taken/foster to rich family.Mrs. Suzi want to get a daughter.But, she can't.There have a story for it.So,she and her husband,Mr.Daniel foster Nadirah when Nadira were 8 years old.Nadira force to be seperate from her friend,Zariq,Tajol,Busyra,Midi,Cik Ah,Haji Embong and Mak Som.She very sad to get away from al-mustaqim.But,she must.After 10 year,Nadirah meet with her old friend at Cameron Highlands.She don't expect at all to meet them.Nadira present may hurt her old friend.To get a more story about this novel.Get it in bookstore near your house.Read it yourself to get more enjoy.

p/s : I want to say sorry to you all.Actually, I don't better in English.To help me, you can give your comment for me.Sorry again for my broken English.Thanks a lot for reading this entry! 


Assalamualaikum

Khamis, 29 Mei 2014

Gemuk ke?

Assalamualaikum... 

Gemuk?Maksud gemuk ialah mempunyai berat badan yang berlebihan.Boleh dikatakan sebagai obes dan kegendutan.Lebih makan.Semua orang tak suka gemuk.Termasuklah aku.Kalau gemuk kita susah nak bergerak.Nak buat kerja pun payah.

Cerita pasal gemuk ni semalam ada orang kata aku gemuk.Masa study group,adalah orang tu namanya Encik K.Dia cakap aku gemuk.Macam tak percaya.Badan orang gemuk biasanya gempal.Aku taklah gempal sangat.Masih cun.Haaaaha*perasan kejap.





Mulanya dia nak cerita dia ronda perumahan awan dengan sepupu dia.So,dia tiba-tiba cakap badan sepupu dia tu,gempal-gempal macam aku.

Aku tak boleh kata apa.Nak ketuk kepala dia pun tak boleh.Aku dengan dia bukan muhrim.Tak boleh sentuh.So aku sambung kerja sekolah aku balik.Hampir siap pun kerjanya.Atas bantuan Encik K dan dua orang lagi kawan.Baru sehari cuti dah jumpa balik.Rindu dengan diaorang kut.

Apa-apa pun,aku tak nak jadi gemuk. Nak berdiet-diet ni bukannya benda yang senang.So,kalau ada rakan blogger yang nak share cara-cara untuk kuruskan badan,boleh tulis komen di bawah.Itu sahaja entry untuk kali ini.Selamat bercuti semua.

Assalamualaikum.#MayGodBlessYouAll 

Khamis, 17 April 2014

Lama tak Online




Assalamualaikum...

Lama rasanya saya tak menaip kat blog yang dah usang ni.

Mungkin sibuk kat sekolah.Yang pastinya banyak lagi kerja sekolah yang 

terbengkalai.Walaubagaimanapun saya akan habiskan semua kerja sekolah tu.

Ingat,jangan menyerah sebelum kalah.

Alhamdulullah,saya dapat nombor 2 dalam peperiksaan penilaian 1.

Mungkin bukan nasib saya nak dapat nombor 1.

Kawan-kawan di luar sana,mestilah hebat daripada saya kan?

Okeyh...stop cakap benda yang dah melalut ni.

Tadi saya ada buka blog dayang deno.Ada contest.Due date nya 30 Mei.Rasa 

macam nak masuk.Manalah tahu terpilih sebagai pemenang.Masyukk la jugak.

Lama tak online ni bukannya sebab tak nak menaip.Sebab utamanya ,line 

tenet kat rumah lambat.

Lupa pulak,saya ada masuk satu kuiz ni.Pemenang yang berjaya boleh ke 

peringkat seterusnya.Harap-harap dap menang.(Doakan saya ye!)

okeyh,rasanya cukuplah setakat ini penulisan saya dalam entry hari ini.

Wish the best for me okeyh.. Assalamualaikum.. 

Sebelum tu, saya ada jual keychain tali yang comel.Kalau anda berminat boleh tekan gambar  

di atas untuk pm saya.Kepada yang nak cari sponsor pun boleh pm saya.. :)

Rabu, 19 Mac 2014

Examination Is Exciting !



Assalamualaikum Semua !


Hari ni Hari Rabu,Dah lama rasanya saya tak menaip.Teringin jugak nak jadi 

blogist terkenal.Okeyh,lupakan pasal Blogist terkenal..Nak eja pun dah tak 

betul..



Hari ni saya periksa.Ada 4 kertas.Semuanya subjek-subjek yang menakutkan.

Bukannya subjek tu macam hantu ye.. Jangan salah faham. Nak tahu kertas 

apa,macam biasa,kalau kelas akaun macam saya ni tak sah 

kalau tak ambil PA ( Prinsip Perakaunan ).Kertas yang saya ambil hari ni

ialah,EA ( Ekonomi Asas ),PA,Addmath,dan subjek simple satu ni iaitu, 

Sivik!


Tak tahulah nak cakap macam mana.Saya rasa jawab semua kertas ni macam 

selalu.Dapat kertas,jawab elok-elok.Kalau dapat keputusan cemerlang lagi 

bagus.Semestinya aku orang pertama yang paling bangga 

bila dapat good result.. Doakan untuk saya ye!Ini periksa penggal 

pertama,lagi dua hari periksa akan habis,Moga-moga saya dapat keputusan 

yang baik.Kalau nak dapatkan A susah!Kena usaha lebih.Cikgu saya ada kata.



"Belajar elok-elok,nanti dapat keputusan bagus,kerja elok,dapat apa yang kita nak"

Aku rasa betul apa yang cikgu cakap.Dan cikgu juga ada berkata...


"SPM ni nyawa kamu,kalau kamu gagal kamu matilah hidup ni"


Ayoyoyyo..mati?Saya tak nak mati dalam hidup ni.. 

Cikgu lagi seorang cakap,"bukan senang nak jadi pandai dan bukan senang nak jadi 

bodoh",yang ni saya tak berapa nak faham.Saya rasalah,nak jadi bodoh ni 

bukannya susah sangat.Buat tak tahu je kan?


Okeyh,nanti kalau result penggal 1 saya okeyh saya buat review,kalau tak 

okeyh pun saya inform nanti.Jangan pulak ternanti-nanti ... Itu sahaja untuk 

hari ini. Bye .


[ Assalamualaikum ]

Sabtu, 4 Januari 2014

Doddle Comelku



Assalamualaikum Semua...


Hari ini saya cuba-cubakan lah jari-jemari saya untuk membuat doddle dengan menggunakan 

Paint Tool SAI.

Susah jugak sebenarnya.Saya belajar pun dari internet...

Mula-mula tengok tak faham,tapi tengok lama-lama barulah faham sikit-sikit.

Bab mengajar orang buat doddle memang saya tak berapa pandai,tapi sedikit tips untuk  

membuat doddle untuk anda semua.Hanya 4 langkah mudah.

Jadi,di sini saya sertakan doddle yang  telah berjaya saya buat...

Tak cantik sangat..!Sorry...

Gambar yang saya edit menggunakan Paint Tool SAI ini discan terlebih dahulu sebelum diedit.

1.Lukis gambar kartun di kertas A4.

2.Scan gambar tadi dan setkan gambar jenis png ,preview gambar tu dulu..,lepas tu 

croop,muat-muat pada kartun yang korang lukis.(Nak lukis terus menggunakan Pain Tool SAI 

pun tak apa)

3.Buka Paint Tool SAI ,tekan fail dan pilih gambar yang telah discan.

4.Boleh mula mengedit ikut pilihan hati.


Yang ini doddle pertama saya :

Gambar sebelum diedit



Selepas diedit menggunakan Pain Tool SAI inilah hasilnya,




Yang ini pula doddle kedua saya :

Ini gambar sebelum diedit,
 




Ini pula hasilnya selepas diedit menggunakan Paint Tool SAI, (cun tak?Hehehehe...)






Saya belajar buat doddle ni dari kembar saya,dia pulak belajar dari seorang kakak di 

facebook,kalau tak silap saya namanya Fiqah.

Kalau nak buat doddle kena ada banyak kesabaran.

Susah jugak Sebenarnya nak buat doddle.

Akhirnya, doddle saya menjadi jugak.Syukur alhamdulillah.

Okeyh...Itu sahaja paparan dari saya untuk anda semua pada kali ini.

Semoga mendapat manfaat darinya.

~Sharing Is Caring~

Rajin-rajinkanlah jemari-jemari anda untuk meninggalkan komen.Sekian,terima kasih!


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh